Roti Susu

Zul Yahya Seru Tinggalkan Industri Hiburan, Sekali Yana Bersuara Bidas Balik Zul Yahya Seru Tinggalkan Industri Hiburan, Sekali Yana Bersuara Bidas Balik
TULAR malahan menjadi tamparan cukup hebat pihak-pihak yang berkenaan apabila pelakon yang pernah menghiasi industri seni suatu ketika dahulu, Zul Yahya tampil membuat naik... Zul Yahya Seru Tinggalkan Industri Hiburan, Sekali Yana Bersuara Bidas Balik

TULAR malahan menjadi tamparan cukup hebat pihak-pihak yang berkenaan apabila pelakon yang pernah menghiasi industri seni suatu ketika dahulu, Zul Yahya tampil membuat naik satu kenyataan menyeru penggiat seni supaya meninggalkan industri hiburan.

Lebih 20 tahun bergelar anak seni, Zul Yahya menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk meninggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.

Zul Yahya menyifatkan pekerjaan dalam industri hiburan dipenuhi dengan dosa dan industri tersebut hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

Yana dilihat memuat naik status berkenaan di laman Facebook miliknya beberapa jam yang lalu :

“Lain padang lain belalang. Sepanjang saya shooting boleh je break solat, puasa je, bilik make up dan salin baju pun asing dengan lelaki, makan katering orang Melayu juga, halal, ada break solat Jumaat, ada break silent masa azan. Ada production tiap jumaat cuti.

“Saya nak baca skrip pun duk dalam kereta sorang sorang, tak bertempur tampar dengan lelaki bukan mahram pun. “Setiap skrip mesti ada moralnya , kalau tak mana mana stesen tv yang nak siarkan. Mana lulus proposal,” tulisnya.

Menurut Yana lagi, sebenarnya apa pun pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu itu yang penting ialah pembawakan diri. “Bila dapat payment (bayaran gaji) dari kerja industri seni, bayar zakat, bantu keluarga dan orang juga.

“Saya pun bukan sempurna jugak, tapi lama kelamaan kita berubah kearah kebaikan…asalkan kerja halal, tak mencuri merompak,” katanya penuh optimis. Berkenaan KWSP dan EPF pula Yana mendakwa dia membuat caruman sendiri, saving investment, insuran semua buat sendiri.

“Alhamdulillah. Dari muda saya dah buat. Dapat payment top up ASB, insurans dari umur 21 tahun saya dah buat. Dulu mana nama naik, tak glamour pun…cukup makan naik kelisa je sampai 10 tahun. Tapi alhamdulillah ada saving.

“Kan saya dah pesan banyak kali kat posting instagram dan FB saya…caruman tu semua boleh buat sendiri. Nak buat tak buat je.

“Jadi saya tegaskan, ianya adalah ilmu hidup dan teras agama diri sendiri. Bukan faktor pekerjaan sesorang. Tak adil untuk orang yang betul-betul mencari rezeki untuk menyara hidup tetapi masih mengekalkan jati diri anak Islam tapi dilabel sedemikian…abistu haram ke hasil kami selama ini?

“Terapkan yang positif dan keberkatan insyaAllah…Allah lidung iman kita. Wallahualam,” tulisnya lagi di laman Facebook yang dikenali sebagai Yana Samsudin. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya juga mendakwa penerbit, pengarah, stesen TV dan banyak pihak tak ambil berat soal keberkatan.

Katanya, apa yang ditayangkan pun tak berkat, apatah lagi yang mengusahakan produk terbabit. Justeru, Zul menyeru kepada pekerja terbabit untuk ambil peluang ubah cara hidup dan undur diri.

“Kerja dalam industri ini, EPF (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) pun tak ada. Insurans ada yang boleh bayar, ada tak mampu. Jadi, hadirnya Covid-19 ketika ini, ia sebagai ujian untuk kita buka minda dan ambil peluang itu untuk ubah kehidupan.

“Undur diri, cari rezeki lebih berkat. Biar sedikit, asalkan cukup. Rezeki Allah ini luas dan kena berubah. Lagi pun, industri (hiburan) kita ini gagal,” katanya.

Menurut Zul, apa yang dikongsi itu berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya mnceburi kerjaya seni selama 20 tahun. Katanya, melalui pengalaman terbabit membuatkan dia akhirnya nekad mengundur diri meninggalkan industri seni dan berubah mencari rezeki lebih berkat.

Sehingga kini, video perkongsian Zul itu sudah mencatat lebih 6,000 komen dengan lebih 30 komen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Shares