Roti Susu

Zarina Anjoulie Lavocah Tempelak Individu Tuduh Ustaz Ebit Lew Riyak Zarina Anjoulie Lavocah Tempelak Individu Tuduh Ustaz Ebit Lew Riyak
Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah menempelak golongan yang menganggap segala usaha Ustaz Ebit Lew menghulurkan sumbangan sebagai satu perbuatan yang... Zarina Anjoulie Lavocah Tempelak Individu Tuduh Ustaz Ebit Lew Riyak

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah menempelak golongan yang menganggap segala usaha Ustaz Ebit Lew menghulurkan sumbangan sebagai satu perbuatan yang riyak.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya hari ini. Menurut Zarina, Ebit telah banyak memberikan inspirasi buat dirinya baik dari segi tingkah laku dan aktiviti kebajikan.

Menurutnya, satu perkara yang bagus tentang ustaz tersebut adalah cara dan pendekatannya yang dianggap amat lemah lembut.

“Saya suka tengok video dia, cara dia layan orang, layan isteri dan keluarga semuanya boleh dijadikan contoh. Malah, usaha dia membantu orang susah melakukan amal kebajikan juga patut dijadikan contoh.

“Secara tak langsung boleh membuka mata orang untuk sama menolong ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Jelas Zarina Anjoulie Lavocah, dia tidak faham mengapa segelintir pihak masih mengecam tindakan murni berkenaan, malah ada yang menganggap perbuatan itu sebagai riyak.

“Korang kena faham, apa yang disumbangkan itu adalah hasil sumbangan dan dana orang ramai. Selain itu gambar-gambar tersebut juga untuk tingkatkan kesedaran orang ramai dan bukannya riyak.

“Better macam tu elak fitnah. Nanti kalau ustaz bawa kereta mewah orang tuduh macam-macam, ingat zaman batu ke ustaz bawa motor Honda EX-5,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Semalam, Ebit telah membuat permohonan maaf menerusi satu posting di Facebooknya.

Rata-rata warganet mengaitkan posting yang dibuat Ebit Lew itu dengan teguran dibuat beberapa pihak selepas bantuan dihulurkan kepada seorang warga emas Kurang Upaya menjadi kontroversi. – Gempak.com

Shares