Roti Susu

Hampir 2 Bulan Hilang Di Wuhan, Wartawan Akhirnya Tampil Buka Cerita Hampir 2 Bulan Hilang Di Wuhan, Wartawan Akhirnya Tampil Buka Cerita
SEORANG wartawan yang dilaporkan hilang hampir dua bulan di Wuhan kini muncul kembali. Dia merupakan petugas media untuk penyiaran CCTV dan pergi ke wilayah... Hampir 2 Bulan Hilang Di Wuhan, Wartawan Akhirnya Tampil Buka Cerita

SEORANG wartawan yang dilaporkan hilang hampir dua bulan di Wuhan kini muncul kembali.

Dia merupakan petugas media untuk penyiaran CCTV dan pergi ke wilayah itu untuk membuat laporan mengenai penularan Covid-19.

Sepanjang tempoh kehilangan, Radio Free Asia misalnya membuat laporan kononnya wartawan itu menjadi target selepas dia melawat Institut Virologi Wuhan.

Namun, Li Zehua kini tampil memberi penjelasan sebenar mengenai apa yang berlaku.

Dakwa Li, dia ditahan oleh polis dan dikuarantin secara paksa selepas memuat naik video mengenai wabak itu pada 17 Februari lalu.

Dakwa jejaka itu lagi, dia disiasat atas tindakannya yang disifatkan mengganggu tugas penjawat awam.

Polis kemudiannya berkata dia tidak perlu didakwa namun hanya perlu dikuarantin.

Sejak dibebaskan pada 28 Mac lalu, dia kembali ke rumah keluarganya.

“Sepanjang tempoh itu, polis bertindak mengikut lunas undang-undang.

“Mereka pastikan saya cukup makan dan rehat. Mereka betul-betul jaga saya,” ujarnya lagi. – Daily Star.

Shares