Roti Susu

Padah ‘posing maut’ rai tamat perintah berkurung, wanita terjatuh dari tebing 35 meter Padah ‘posing maut’ rai tamat perintah berkurung, wanita terjatuh dari tebing 35 meter
Seorang wanita maut terjatuh dari sebuah tebing pada ketinggian 35 meter, ketika mengambil gambar bagi meraikan berakhirnya perintah berkurung di Turki. Kejadian yang menimpa... Padah ‘posing maut’ rai tamat perintah berkurung, wanita terjatuh dari tebing 35 meter

Seorang wanita maut terjatuh dari sebuah tebing pada ketinggian 35 meter, ketika mengambil gambar bagi meraikan berakhirnya perintah berkurung di Turki.

Kejadian yang menimpa Olesya Suspitsyna dari Kazakhstan itu disaksikan oleh seorang rakan perempuannya yang mahu mengambil gambarnya.

Insiden yang berlaku di Antalya di barat daya Turki, pada Ahad lalu susulan keputusan kerajaan menarik balik perintah berkurung di bandar berkenaan, berikutan penularan wabak Covid-19.

Laporan menyebut mangsa berusia 31 tahun itu bersiar-siar di kawasan pelancongan yang terkenal dengan keindahan pemandangan air terjun.

Olesya kemudian memutuskan untuk mengambil gambar ‘berani mati’ di tepi tebing, dengan latar belakang air terjun. Dia memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi untuk gambarnya dirakamkan.

Menurut laporan, Olesya bagaimanapun tergelincir di atas rumput, sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh dari tebing setinggi 35 meter hingga maut.

Rakannya kemudian menghubungi perkhidmatan kecemasan. Mayat Olesya dijumpai dan ditarik keluar dari kawasan air terjun dengan bantuan pasukan penyelamat. – Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram Roti Susu Official!

Shares