Roti Susu

Pesakit Wanita Berusia 23 Tahun Antara 2 Korban Terbaru Pesakit Wanita Berusia 23 Tahun Antara 2 Korban Terbaru
Pesakit Wanita Berusia 23 Tahun Antara 2 Korban Terbaru. Perkembangan terkini mengenai Covid-19 di Malaysia menyaksikan pertambahan 109 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan positif... Pesakit Wanita Berusia 23 Tahun Antara 2 Korban Terbaru

Pesakit Wanita Berusia 23 Tahun Antara 2 Korban Terbaru. Perkembangan terkini mengenai Covid-19 di Malaysia menyaksikan pertambahan 109 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu setakat Khamis sebanyak 4,228 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat dua kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini.

“Ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 67 kes,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata, kes generasi ke-5 iaitu pesakit wanita warga Malaysia berusia 23 tahun merupakan antara dua korban terkini Covid-19.

“Kes kematian ke-67 (kes ke-2,864) merupakan perempuan warga Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid.

“Pesakit mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif Covid-19 (iaitu kes ke2,469 dan kes ke-2,470) dan merupakan kes generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (pesakit bukan peserta persidangan ini),” katanya.

Beliau menambah, kes kematian ke-66 (kes ke-2,798) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik lain.

covid-19

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Jumaat, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 72 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.Menurut beliau lagi, sebanyak 121 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Jumaat.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 1,608 kes,” kata Dr Noor Hisham.

Berikut adalah butiran kes kematian terkini Covid-19 pada Khamis:

1. Kes kematian ke-66 (kes ke-2,798) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 5 pagi.

2. Kes kematian ke-67 (kes ke-2,864) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif Covid-19 (iaitu kes ke2,469 dan kes ke-2,470) dan merupakan kes generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (beliau bukan peserta persidangan ini).

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi. – Mstar

Shares