Roti Susu

“Walaupun Bukan Daripada Rahim Isteriku, Tapi Dialah Punca Aku Merasa” , Luahan Achey “Walaupun Bukan Daripada Rahim Isteriku, Tapi Dialah Punca Aku Merasa” , Luahan Achey
Sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna buat pelawak Achey yang turut dapat meraikannya bersama anak tersayang Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia dua... “Walaupun Bukan Daripada Rahim Isteriku, Tapi Dialah Punca Aku Merasa” , Luahan Achey

Sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna buat pelawak Achey yang turut dapat meraikannya bersama anak tersayang Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia dua tahun.

Menurut Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah, 34, kehadiran anak angkat itu merupakan satu rahmat kerana dia dapat merasai kehidupan sebagai seorang bapa.

“Dialah punca aku merasa hari ini! Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak dia kurniakan Tiara Zinnirah kepadaku, tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di Hari Bapa.

“Walaupun bukan daripada rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu, kini dapat dicurahkan kepadanya.

“Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak. Maaf ayah mohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab. Ayah sayang awak,” katanya.

Perkongsian Achey menarik perhatian pengikut di laman Instagram. Ahli kumpulan Bocey ini berkongsi luahan hatinya menerusi Instagram.

Achey dan isteri Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018.

Hari bapa disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun sebagai tanda penghormatan kepada bapa yang menjadi individu penting dalam keluarga.

Sebelum ini menerusi laporan mStar, Achey berkata kehidupannya berubah dan semakin bahagia sejak kehadiran Tiara.

Kehidupan Achey dan isteri berubah sejak kehadiran Tiara. Ujarnya, masa yang ada lebih terisi dan dia dapat belajar banyak perkara sebagai seorang bapa.

“Kekosongan sebelum ini lebih terisi, kami bertiga akan ke mana-mana bersama dan sambil tu saya dan isteri jaga anak. “Barulah nampak kesusahan ibu bapa kita sebelum ini yang perlu bekerja sambil menjaga anak.

“Saya muat naik gambar dan video anak kerana jika suatu hari nanti saya ‘padam’ dan tak ada di dunia ini, mungkin ini akan jadi kenangan untuk Tiara apabila saya dah tak ada,” katanya. – Mstar

Shares