Roti Susu

Wak Doyok Dah Minta Maaf Dengan Keluarga Diraja Johor, Ini Respon Balas Tunku Idris Wak Doyok Dah Minta Maaf Dengan Keluarga Diraja Johor, Ini Respon Balas Tunku Idris
Ini kata-kata personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok yg memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan... Wak Doyok Dah Minta Maaf Dengan Keluarga Diraja Johor, Ini Respon Balas Tunku Idris

Ini kata-kata personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok yg memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya.

Ia susulan Wak Doyok dikatakan telah menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor membuat permohonan maaf di Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di Instagram.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan, tulisnya. Menurutnya, apa yang berlaku adalah kerana kesilapannya sendiri.

Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol diraja.” Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Saya memohon doa ke hadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja,” tulisnya dan turut disertakan dengan ‘tag’ nama kepada akaun Instagram Tunku Idris.

Isu itu timbul apabila gambar cincin yang siap diukir dengan lambang peribadi Sultan Johor itu dimuat naik di Instagram jenama barangan kemas dan jam tangan terkemuka menyatakan bahawa cincin itu akan dihantar kepada pelanggan mereka iaitu Wak Doyok.

Reaksi balas Tunku Idris

Wak Doyok

Tunku Idris menyambut baik permohonan maaf Wak Doyok dan mengirimkan komen berbentuk emoji tanda bagus di Instagram Wak Doyok. Selain itu, Tunku Idris jugat memuat naik tulisan kata-kata hikmah di Instargram beliau;

“Maafkan orang lain seperti mana kamu mahu Allah memaafkan kamu”

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Wak Doyok bagi mendapatkan reaksi mengenai perkara itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

Sumber : Lamanhiburan.pw

Shares