Roti Susu

Isu Guna Lambang Sultan Johor, Wak Doyok Didakwa Di Mahkamah, Ini Keputusannya Isu Guna Lambang Sultan Johor, Wak Doyok Didakwa Di Mahkamah, Ini Keputusannya
JOHOR BAHRU: Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan... Isu Guna Lambang Sultan Johor, Wak Doyok Didakwa Di Mahkamah, Ini Keputusannya

JOHOR BAHRU: Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda, Khamis lalu.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan lambang kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi tujuan persendirian tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan Johor.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Si4satan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri kira-kira jam 2.15 petang pada 30 April lalu.

Wak Doyok didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Ia membawa hukvman de3nda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertudvh diwakili peguam, MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim. Terdahulu, Nor Azizah menawarkan jaminan RM50,000 ke atas tertuduh berikutan keseriusan kes yang ditvduh ke atasnya.

Namun, peguam tertudvh merayu d3enda yang rendah dengan alasan anak guamnya menjaga ibunya yang berusia 78 tahun di samping pendapatan perniagaannya terjejas akibat pandemik COV1ID-19.

Hakim kemudian memerintahkan tertudvh dijamin sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kedua kes ditetapkan pada 15 Jun depan bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu Wak Doyok yang berkemeja batik coklat tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi. Minggu lalu, Wak Doyok dilaporkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, dekat sini, bagi sias4tan kes berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, kertas sias4tan kes berkenaan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan.

Wak Doyok mengundang kontr0versi apabila tindakannya menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2018 melalui dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia.

Beliau dilaporkan memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim .

Wak Doyok membuat permohonan maaf di akaun Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di akaun Instagram baginda. [ sumber ]

Shares