Roti Susu

Vivy Yusof Sebak, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang ! Vivy Yusof Sebak, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang !
Malam tadi, usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof sekali lagi membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram nya. Berbezanya kali ini, Vivy atau nama sebenarnya... Vivy Yusof Sebak, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang !

Malam tadi, usahawan selebriti terkenal Datin Vivy Yusof sekali lagi membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram nya.

Berbezanya kali ini, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof menayangkan secara langsung permohonan maaf nya dan berkata ini adalah kali terakhir dia akan bercakap mengenainya.

Jelas Vivy dalam keadaan sebak, dia menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan langkah kerajaan memberi bantuan kepada golongan B40 dan M40 sejak beberapa hari yang lalu.

Tampil memberi penjelasan menerusi Instagram (IG) Story, kira-kira sejam lalu, Vivy mendakwa tidak pernah terfikir mengeluarkan kenyataan seperti itu, malah tidak menyangka masyarakat mempercayainya.

“Saya tidak mempertikaikan pemberian bantuan kepada golongan berkenaan seperti didakwa. Sebaliknya, saya bimbang nasib akan menimpa ahli perniagaan dan pekerja disebabkan kelembapan ekonomi.

“Selain itu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan golongan berkenaan tidak menyumbang kepada ekonomi negara menerusi FB Live itu,”

  • Keluarga Terkesan Dengan Kecaman

Kongsinya lagi dakwaan tersebut disifatkan begitu melampau sehingga membuatkan suami dan keluarganya turut terkesan dengan kecaman daripada para netizen.

“Ibu bapa dan suami terkesan dengan kecaman netizen. Ia amat berat untuk ditanggung kerana dikecam pada peringkat nasional”

Mengambil pengajaran atas apa yang terjadi, Vivy berkata akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan mana-mana kenyataan mahupun berkongsi di media sosial selain memohon maaf kepada semua pengikutnya.

  • Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Dalam masa yang sama, Vivy turut menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihat yang telah memutar belit kenyataannya sebelum ini dan melancarkan petisyen memintanya untuk meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

“Saya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memutar belit kenyataan dan melancarkan petisyen minta saya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi MARA (UiTM),”

Terdahulu, terdapat sebuah petisyen telah diwujudkan oleh Alumni Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) yang mana menuntut usahawan selebriti ini meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Berdasarkan carian Murai.my petisyen tersebut telah pun ditutup kerana telah mencapai 35,000 sokongan daripada netizen. – Murai.my

Shares