Roti Susu

[VIDEO] Tak Bagi Kereta Ditarik Punya Pasal, Lelaki Sanggup ‘Bergayut’ Dekat Toyota Hilux [VIDEO] Tak Bagi Kereta Ditarik Punya Pasal, Lelaki Sanggup ‘Bergayut’ Dekat Toyota Hilux
Bila beli kereta ni memang kita kena make sure bayar setiap bulan! Kalau 3 bulan tak bayar tu jangan terkejut lah bila ada orang... [VIDEO] Tak Bagi Kereta Ditarik Punya Pasal, Lelaki Sanggup ‘Bergayut’ Dekat Toyota Hilux

Bila beli kereta ni memang kita kena make sure bayar setiap bulan! Kalau 3 bulan tak bayar tu jangan terkejut lah bila ada orang datang nak tarik kereta korang.

Geng tarik kereta ni datang tak kira di mana. Rumah boleh, tempat awam pun boleh. Viral di Facebook menunjukkan seorang lelaki tak benarkan keretanya ditarik dan melakukan aksi dramatik di tempat awam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Johor di mana geng tarik kereta datang berjumpa dengan pemilik Toyota Hilux itu. Bila dah sampai masa kereta kena tarik selalunya sebagai pemilik yang gagal untuk bayar mestilah kena pasrah kan? Yela sendiri tak bayar, tanggunglah.

Tapi sebaliknya lelaki ni buat ‘drama’ dan bergaduh dengan sekumpulan geng tarik kereta tersebut tak bagi dorang tarik kereta dia. Mula-mula gaduh mulut dan membawa kepada sentuhan fizikal sebab pemilik Hilux tu tarik salah seorang penarik kereta tu keluar dari kereta dia.

Dalam video tu, seorang lelaki dilihat masuk, menutup pintu dan duduk di kerusi pemandu. Beberapa orang lagi cuba tahan pemilik Hilux tu yang terus pegang tempat buka pintu sebab tak benarkan mereka ambil kereta dia.

Bila kereta tu berjalan, pemilik tersebut terus panjat dan berpaut pada pintu bahagian penumpang di belakang. Video itu dirakam oleh orang awam yang berada di dalam bangunan berdekatan kejadian tersebut berlaku.

Tak dinyatakan apa berlaku selepas video tu tamat tapi ada netizen berpendapat geng tarik kereta berkenaan tak sepatutnya bertindak sebegitu bila tarik kereta orang.

Apa pendapat korang? – Lobakmerah.com

Posted by Raynee Tan on Selasa, 3 Mac 2020

Shares