Roti Susu

Video Pemuda Pickup line buat ibu tersenyum, warga maya menitis air mata Video Pemuda Pickup line buat ibu tersenyum, warga maya menitis air mata
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Fenomena penggunaan pickup line ternyata bukan satu perkara baharu memandangkan ia pernah tular di media sosial sebelum ini. ‘Pickup... Video Pemuda Pickup line buat ibu tersenyum, warga maya menitis air mata

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Fenomena penggunaan pickup line ternyata bukan satu perkara baharu memandangkan ia pernah tular di media sosial sebelum ini.

‘Pickup line’ bukan sahaja sering menjadi bahan tertawa malah sinonim dengan salah satu kaedah memikat hati seseorang.

Terbaharu, tindakan seorang pemuda memberi pickup line kepada ibunya telah berjaya mengundang rasa sedih dan terharu orang ramai.

Menerusi video dimuat naik di laman sosial, kelihatan pemuda tersebut memberi ‘pickup line’ kepada ibunya dengan membuat perbandingan wanita itu dengan kenderaan.

“Apa beza emak dengan kereta? “Kereta boleh bawa kita jalan-jalan tapi emak boleh bawa kita ke syurga,” katanya.

Sebaik mendengar ‘pickup line’ diberikan lelaki tersebut, wanita itu kelihatan tersenyum sekaligus mengundang rasa terharu orang ramai.

Mahirah: “Tolong kongsi…(video) ini sangat meruntun hati saya.”

Farfar: “Okay sudah keluar air mata. Huhuhu rindu ibu saya. Lama tak jumpa.”

Sumber: Projekmm

Shares