Roti Susu

[VIDEO] Padah Ludah Orang Awam, Pejuang ‘Anti-Mask’ Ini Ditolak Keluar Bas Hingga Tersungkur! [VIDEO] Padah Ludah Orang Awam, Pejuang ‘Anti-Mask’ Ini Ditolak Keluar Bas Hingga Tersungkur!
Ketika kes COVID-19 mencecah angka 8 juta di Amerika Syarikat, masih ramai rakyat mereka yang berdegil untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat... [VIDEO] Padah Ludah Orang Awam, Pejuang ‘Anti-Mask’ Ini Ditolak Keluar Bas Hingga Tersungkur!

Ketika kes COVID-19 mencecah angka 8 juta di Amerika Syarikat, masih ramai rakyat mereka yang berdegil untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Kenapa? Kerana bagi segelintir rakyat Amerika Syarikat memakai topeng muka itu melanggar ‘hak asasi dan kebebasan’ mereka.

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok kini tular di Twitter kerana kelakuan seorang wanita yang bertindak biadap meludah ke muka seorang penumpang lain di dalam bas.

Menurut pemilik asal video berkenaan, Diego Forero berkata video beliau itu berulang kali dibuang daripada platform TikTok tanpa sebab yang munasabah.

Jadi, insiden ini dtularkan pula oleh pengguna Twitter, Rob Gill yang mahu memberi kesedaran kepada penduduk Amerika Syarikat supaya sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam.

Ketika ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang menolak wanita berkenaan sehingga tersungkur ke jalanan, Rob Gill berkata ia adalah perbuatan ‘self defense’ yang terbaik.

Di kala pandemik yang sedang melanda, lelaki berkenaan hanya mempertahankan diri daripada tindakan biadap wanita tersebut terhadapnya. Walaupun bukan dalam keadaan pandemik, meludah bukan satu tindakan yang wajar dan boleh dikenakan tindakan kerana mengganggu ketenteraman awam.

Penduduk Malaysia perlu bersukur kerana majoriti daripada kita mengikut saranan kerajaan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak. Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku di Malaysia. – TheVocket

Shares