Roti Susu

Video Janna Nick menangis ‘cetus’ kebimbangan buat peminat Video Janna Nick menangis ‘cetus’ kebimbangan buat peminat
Sedia maklum, selebriti terkenal Janna Nick merupakan salah seorang pelumba dalam perlumbaan di Pulau Pinang bagi cabaran Toyota Gazoo Racing (TGR Festival). Selain Janna... Video Janna Nick menangis ‘cetus’ kebimbangan buat peminat

Sedia maklum, selebriti terkenal Janna Nick merupakan salah seorang pelumba dalam perlumbaan di Pulau Pinang bagi cabaran Toyota Gazoo Racing (TGR Festival).

Selain Janna Nick, sebenarnya ramai lagi selebriti tanah air yang turut serta dalam perlumbaan berkenaan seperti Nabil Ahmad dan Wani Hasrita.

Walau bagaimanapun, Janna Nick yang merupakan diantara pelakon kesukaan ramai ini telah mencetuskan kebimbangan buat peminatnya menerusi Instagram apabila dia ada memuat naik satu rakaman pendek.

Pada Februari tahun lalu, Janna Nick membuatkan ramai bangga apabila dia dinobatkan tempat pertama dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia berkenaan. Namun begitu, kali ini dia seperti telah tewas.

Kelihatan melalui video dikongsikan pula, Janna Nick seperti kecewa dan akhirnya menangis dan menerusi kapsyen, difahamkan dia tidak berjaya memenangi perlumbaan kali ini.

“I should be on the podium today… But it’s okay… thank you Toyotamy for giving me this opportunity… it’s really challenging but Im up for the challenge! Till next race… tq Janna Nicker for being there thru my ups n down…” ujar Janna Nick menerusi posting berkenaan.

Meskipun begitu, Janna Nick mengucapkan terima kasih kepada peluang diberikan dan akui cabaran berkenaan mencabar. Apapun, Janna Nick juga sangat berani kerana menyahut cabaran yang dilihat sangat tidak mudah. Sumber: Instagram Janna Nick

Shares