Roti Susu

[VDEO ] Wanita Ini Kongsi Cara Yang Betul Menutup Kotak Bijirin Buat Ramai Tak Sangka! [VDEO ] Wanita Ini Kongsi Cara Yang Betul Menutup Kotak Bijirin Buat Ramai Tak Sangka!
Dalam kehidupan seharian, kita biasa mencari alatan atau gajet canggih dengan tujuan dapat memudah cara untuk tidak membuang masa, seperti membeli penutup kotak bijirin... [VDEO ] Wanita Ini Kongsi Cara Yang Betul Menutup Kotak Bijirin Buat Ramai Tak Sangka!

Dalam kehidupan seharian, kita biasa mencari alatan atau gajet canggih dengan tujuan dapat memudah cara untuk tidak membuang masa, seperti membeli penutup kotak bijirin dan bungkusan, pembuka tin dan botol serta lain-lain tanpa fikir.

Sebenarnya pelbagai perkara mudah dapat diselesaikan jika kita melanjutkan pemikiran dalam membina idea dan petua untuk dikongsi bersama.

Sebagai contoh, sebilangan besar kalangan kita tidak tahu cara menutup kotak bijirin dengan betul.

Pada 10 Mei, seorang wanita bernama Becky Holden McGhee dari Blackpool, United Kingdom telah berkongsi cara yang betul untuk menutup kotak bijirin kepada dunia dan dia telah mencuri perhatian netizen.

Catatannya di Facebook telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 perkongsian dalam jangka masa beberapa hari dan ia masih terus mendapat perhatian kalangan netizen.

Becky berkata dalam posting itu:

“Ia hanya mengambil masa selama 40 tahun, tetapi kini saya tahu cara yang betul untuk menutup kotak bijirin. Hanya memerlukan beberapa saat dan kemudian tiada lagi kotak bijirin yang terkoyak hodoh dan bijirin kering atau lemau menyambut saya setiap pagi.”

Caranya yang betul adalah dengan perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah lipat masuk kedua kepak pendek ke dalam kotak.

Posted by Becky Holden McGhee on Ahad, 10 Mei 2020

Kemudian lipat kepak yang lebih panjang bahagian sebelah kanan masuk ke dalam. Akhir sekali lipat di sisi dan sisipkan kepak panjang sebelah kiri ke dalam kepak kanan. Siap! [ Sumber ]

Shares