Roti Susu

[VDEO] ‘Jangan sampai saya jadi Azwan Ali’, teguran lucu polis undang tawa internet! [VDEO] ‘Jangan sampai saya jadi Azwan Ali’, teguran lucu polis undang tawa internet!
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Warga maya percaya video tular polis memarahi sekumpulan remaja di sebuah kawasan perumahan menjadi mesej jelas kesabaran pihak berkuasa... [VDEO] ‘Jangan sampai saya jadi Azwan Ali’, teguran lucu polis undang tawa internet!

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Warga maya percaya video tular polis memarahi sekumpulan remaja di sebuah kawasan perumahan menjadi mesej jelas kesabaran pihak berkuasa diuji setiap hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana 18 Mac lalu.

Dimuat naik Ajak Santero di Facebook dan Perak Press di Twitter, video berdurasi 30 saat itu dipercayai dirakam anggota polis peronda, menyeru orang ramai supaya duduk di dalam rumah. Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenainya.

“Ada dengar arahan ke tak ada dengar? Nak cakap macam mana lagi kasi faham? Suruh duduk dalam rumah, duduk dalam rumah…jangan keluar!.

“Cakap baik-baik kamu semua tak boleh fahamlah. Kerajaan keluar arahan duduk dalam rumah masing-masing. Jangan keluar berkumpul. “Jangan sampai saya bertukar jadi Azwan Ali, habis semua saya maki,” kedengaran dari pembesar suara kereta peronda.

Di ruangan komen Facebook, Farah Nadia Mohd Radzuan menulis bahawa versi ini adalah asli, bukan seperti audio rakaman tampalan selebriti Azwan Ali yang tular kerana kelantangannya menegur masyarakat degil.

Pengguna Teacher Ain Rar kagum dengan sikap sabar anggota polis terbabit. “Abang polis nak beritahu “jangan sampai saya bertukar jadi ..aaaa..aaa..(Azwan Ali)” pun serba salah dibuatnya. Tinggi lagi tahap kesabaran abang polis. Jangan nak uji sangat adik,” tulisnya.

“Abang polis dah tension (tertekan) dah,” tulis Sandra Wsw pula. “Win..abang polis masih ada budi bicara tapi masih tak paham jugak,” tulis Shamsul Ancoi KB, merujuk golongan yang ingkar arahan.

Pengikut di bebenang Twitter Perak Press, Shafiq Iqwan berkata video ini bukti jelas satu lagi tahap ‘stres’ dialami pihak berkuasa.

Kebanyakan pengikut rasa terhibur kerana pihak berkuasa itu menyebut nama Azwan, sekaligus dilihat kelakar kerana anggota polis bertindak secara formal pada kebiasaannya.

https://www.facebook.com/bro.seben.18/videos/648535135960473/

“Aduh, marah-marah pun masih boleh buat lawak ke? hahaha,” tulis Syahmie Radzi. Selain pujian, warga maya turut berterima kasih kepada anggota polis selain menyokong usaha yang dilakukan.

Hantaran di Facebook Ajak Santero mendapat 5,800 tanda suka selain dikongsikan 9,700 kali dan 168,000 tontonan manakala di Twitter Perak Press mendapat 8,300 tanda suka dan dikongsikan 15,100 kali serta 91,800 tontonan. [ Sumber ]

Shares