Roti Susu

Dua bulan tidak boleh tidur, Ustaz Kazim terpaksa dikejarkan ke hospital Dua bulan tidak boleh tidur, Ustaz Kazim terpaksa dikejarkan ke hospital
IPOH: Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah... Dua bulan tidak boleh tidur, Ustaz Kazim terpaksa dikejarkan ke hospital

IPOH: Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.

Perkara itu disahkan salah seorang pembantunya yang hanya dikenali sebagai Amin. Menurut Amin, kesan daripada itu, dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, Ustaz Kazim mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut.

“Kami telah merujuk beliau ke poliklinik pada minggu lepas dan doktor memberi diagnos awal sebagai gastrik atas faktor puasa dan penggunaan ubat jantung.

“Sehingga semalam (Ahad), sakit masih tidak berkurangan dan bertambah dan kami telah merujuk beliau ke Unit Kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh,” katanya, di sini hari ini.

Ustaz Kazim dalam laman Facebook beliau malam tadi menunjukkan gambar beliau dirawat di sebuah hospital.“Terima kasih kepada semua sahabat yang bagi nasihat dan petua… Insya-Allah saya cuba amalkan.

“Harap-harap boleh tidurlah…kalau tak baring salah, duduk salah, ngiring salah.. semua salah…Insya Allah, malam ini harap-harap betul la…” katanya dalam kemas kini status Facebooknya pada Ahad.

Menurut Amin, prosedur ujian telah dilaksanakan dan keputusannya dijangka akan dikeluarkan pada esok (Selasa).

Katanya, buat masa ini, pendakwah itu berada di rumah untuk berehat dan sebarang lawatan atau ziarah tidak dibenarkan memandangkan situasi negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya mohon tuan puan yang budiman untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kasim seperti sedia kala,” ujarnya. Menurut Amin lagi, program LIVE di fanpage Facebook Ustaz Kazim akan diteruskan seperti yang dirancang. – [ Sumber ]

Shares