Roti Susu

Ustaz Abu Syafiq beri penjelasan selepas didakwa tak puas hati kerja amal Ebit Lew Ustaz Abu Syafiq beri penjelasan selepas didakwa tak puas hati kerja amal Ebit Lew
BARU-BARU ini timbul isu membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew gara-gara tindakannya memberi sumbangan dan menyiarkannya di media sosial sekali gus menimbulkan rasa kurang... Ustaz Abu Syafiq beri penjelasan selepas didakwa tak puas hati kerja amal Ebit Lew

BARU-BARU ini timbul isu membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew gara-gara tindakannya memberi sumbangan dan menyiarkannya di media sosial sekali gus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.Antara nama yang dikaitkan sebagai pihak yang tidak berpuas hati dengan pendakwah tersebut adalah seorang ustaz yang dikenali dengan nama Abu Syafiq.

Ini kerana individu tersebut memuatnaik status berbaur sindiran di Facebook dan didakwa ditujukan kepada Ebit.Terbaharu, Ustaz Abu Syafiq tampil mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa status di laman sosial tersebut mengenai teguran dalam menjaga aib ketika memberi sumbangan tidak ditujukan khas kepada Ebit.

Dakwanya, timbul salah faham berkaitan posting tersebut apabila ia disamakan dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan Ebit.Perkara itu dijelaskannya ketika ditemubual oleh seorang bekas wartawan penyiaran TV3, Ryzal Ibrahim.“Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsuang… saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung.

“Tapi ada orang ambil statement saya… (cantumkan) kata Ustaz Abu Syafiq ni kutuk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar. Saya takt tahu sebelum itu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew sebenarnya,” katanya dalam temu bual tersebut.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai posting tersebut, Abu Syafiq berkata dia sama sekali tidak mempertikai usaha untuk memberi sumbangan dan menyiarkannya di media sosial, selagi mana perkara itu dilakukan dengan adab dan menjaga aib penerima sumbangan.

“Statement saya adalah berkenaan meletekkan gambar dan video orang miskin yang susah sehingga memalukan dia dengan aib, maka hukumnya haram.

“Jika menjaga aib (penerima), nak tangkap gambar atau video tak ada masalah. Bukan saya melarang orang tangkap gambar untuk kebaikan, menggalakkan orang lain untuk bersedekah ketika beri sumbangan… saya tak larang yang itu.

“Saya larang jika ia sehingga mengaibkan orang itu,” katanya lagi.Justeru Ustaz Abu Syafiq menegaskan, tiada keperluan untuknya meminta maaf kepada individu yang dikaitkan dengan dirinya itu.“Kalau saya ni sengaja nak tuju kepada dia, dan timbul pula isu macam ni, memang saya rasa bersalah. Tapi saya tak tuju kepada dia pun.

 Ustaz Abu Syafiq

“Saya tidak akan mohon maaf sebab saya tak buat salah,” katanya lagi.Rakaman audio berdurasi selama 9 minit yang disiarkan di laman Facebook Ryzal sehingga kini meraih 1,100 shares dan ribuan komen netizen.

Ebit sebelum ini memuatnaik status di laman Facebook meluahkan perasaan berikutan niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Malah, beliau turut mengumumkan untuk tidak lagi keluar berkhidmat memberi bantuan sepanjang tempoh PKP selepas dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman.

Bagaimanapun pada Sabtu, polis mengesahkan bahawa penceramah tersebut diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh PKP.

Sehari selepas kenyataan polis itu, Ebit kembali turun padang memberi sumbangan kepada golongan memerlukan, antaranya sebuah keluarga daif yang tinggal di dalam sebuah pondok di Baling, Kedah. – Mstar

Shares