
Siapa tidak kenal dengan ratu rock negara iaitu Ella Aminuddin yang sememangnya sangat diminati dengan karakternya yang manja serta lemah lembut.
Menjangkau usia 54 tahun, penyanyi tersebut langsung tidak kelihatan berusia bahkan masih kekal anggun lebih-lebih lagi sejak mulai berhijab sekitar tahun 2016.
Ella juga tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya di Instagram bagi mengubati kerinduan peminatnya kepada penyanyi ‘Sepi sekuntum Mawar’ itu.
Adik-beradik perempuan Ella curi perhatian
Namun begitu, muat naik terbaru Ella di Instagram bersama adik-beradik kandungnya telah berjaya mencuri perhatian warganet terutamanya peminat setianya.
Menerusi kapsyen yang dibuat oleh penyanyi itu, Ella memaklumkan bahawa mereka telah makan tengahari bersama-sama dan sempat bergambar sekali.
View this post on Instagram
Sisters ♥️ … 🌸🌸🌸 #Aminuddins #YangAsmahsgirls #alhamdulillah #siblings #lunchdate
Justeru itu, Instagramnya telah dibanjiri dengan pujian daripada warganet yang menyatakan bahawa mereka semua kelihatan cantik dan muda jelita.
Sumber: ohmymedia