Roti Susu

Isteri Da’i mana ditahan polis? Suspek katanya tipu urusan sijil halal dan KKM Isteri Da’i mana ditahan polis? Suspek katanya tipu urusan sijil halal dan KKM
ISTERI kepada juara program Da’i dilaporkan ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut laporan Harian Metro, penahanan usahawan berusia... Isteri Da’i mana ditahan polis? Suspek katanya tipu urusan sijil halal dan KKM

ISTERI kepada juara program Da’i dilaporkan ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut laporan Harian Metro, penahanan usahawan berusia 40 tahun itu dilakukan selepas dipercayai menipu seorang pelanggan.

Sumber berkata, wanita itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa sekitar Oktober tahun lalu.

“Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan untuk menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

“Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” katanya.

Dalam pada itu, sumber itu turut memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di akaun Facebook portal tersebut, rata-rata netizen cuba mengaitkan kes berkenaan dengan isteri kepada Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, atau dikenali sebagai Dr Erin.

Sehubungan itu mStar cuba menghubungi Da’i Farhan bagi mendapatkan penjelasan, bagaimanapun panggilan tersebut dimatikan selepas soalan mengenai penahanan itu diajukan. – Mstar

Shares