Roti Susu

Koronavirus: Kematian Semakin Meningkat Kepada 213 Orang Koronavirus: Kematian Semakin Meningkat Kepada 213 Orang
Beijing: Jumlah jangkitan akibat koronavirus baharu terus meningkat kepada 9,480 kes seluruh dunia dengan angka kematian mencecah 213 mangsa di China. South China Morning... Koronavirus: Kematian Semakin Meningkat Kepada 213 Orang

Beijing: Jumlah jangkitan akibat koronavirus baharu terus meningkat kepada 9,480 kes seluruh dunia dengan angka kematian mencecah 213 mangsa di China.

South China Morning Post melaporkan pihak berkuasa kesihatan China mengesahkan, wilayah Hubei merekodkan 5,806 kes dengan 42 mangsa maut, angka tertinggi dilaporkan di China.

Seramai 32,340 mangsa di China masih berada di bawah pemantauan, manakala 804 pesakit dalam keadaan teruk dan 290 orang dilaporkan kritikal.

Sementara itu, media antarabangsa melaporkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mengisytiharkan situasi kecemasan kesihatan global susulan penyebaran wabak berkenaan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pengisytiharan itu berikutan kebimbangan keupayaan wabak berkenaan tersebar dengan pantas di seluruh dunia. “Kebimbangan kami ialah potensi virus berkenaan merebak ke negara lain terutama negara yang tidak bersedia menangani kes itu apabila hanya memiliki sistem kesihatan lemah. “Majoriti kes di luar China berlaku disebabkan sejarah perjalanan ke Wuhan atau berhubung dengan mereka yang pergi ke wilayah itu.

“Kita tidak tahu kerosakan macam mana virus ini akan lakukan sekiranya ia tersebar ke negara yang mempunyai sistem kesihatan lemah,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat di Geneva, awal pagi tadi.

Shares