Tunaikan Keinginan Anak Dan Isteri, Allah Akan Membalasnya Berlipat Kali Ganda

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh Tuan Firdaus Shakirin ini, suami seharusnya mendengar dan tunaikan permintaan anak dan isteri.

Abah selalu cakap, “Nak makan apapun, beli teringin apapun, beli duit boleh cari”

Sampai ke hari ini, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni saya pesan kat isteri, kalau ada benda yg dia teringin, yg dia nak, bgtau ja kat saya, saya akan usahakan utk beli tak kisahlah samada ianya makanan, barangan, pakaian ataupun kelengkapan2 lain.

Kalau tak beli bulan ni, bulan depan…kalau tak bulan depan, bulan satu lagi.

Apa yg kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak isteri sendiri? Duit kita semakin bertambah? Kita semakin kaya?

Sama ja pun duit habis mcm tu jgak lagi teruk, tak nampak apa-apa hasil tapi duit dh habis.

Isteri nak beli pencuci muka, kita kata xpyh, tapi kita beli rokok, xpe pulak? Isteri nak beli baju baru, kita kata pakai ja baju mna yg ada, tapi kita tukar sport rim kereta, xpe pulak?

Isteri nak beli kasut, beg tgn, tudung baru, kita suruh pakai yg lama, tapi kita beli yg baru2 utk diri sendiri, boleh pulak ? Suami jenis yg mcm mna kita ni.

Jangan terlalu berkira dgn anak isteri apa yg kita dapat pada hari ini sgt berkait rapat dgn mereka boleh jadi kita ni yg menumpang rezeki anak isteri kita sendiri ataupun kita dimurahkan rezeki hasil doa tanpa henti dari anak isteri.

Cubalah utk tunaikan apa yg anak isteri inginkan, insyaAllah, Allah akan membalasnya berlipat kali ganda lagi dari nilai yang kita keluarkan.

Nak percaya atau tak, terserahlah dapat tengok anak isteri tersenyum gembira setiap hari itu lebih bermakna drpd ada duit byk, tp dgn anak isteri sendiri pun berkira ?

Sumber: Tuan Firdaus Shakirin