Roti Susu

Tukang tilik popular pernah ramal dunia ‘diserang’ Covid-19 pada 1996 Tukang tilik popular pernah ramal dunia ‘diserang’ Covid-19 pada 1996
SEORANG wanita buta yang pernah membuat ramalan tentang Brexit, serangan menara berkembar WTC sekali lagi menjadi perhatian gara-gara ramalannya terhadap jangkitan Covid-19. Meskipun sudah... Tukang tilik popular pernah ramal dunia ‘diserang’ Covid-19 pada 1996

SEORANG wanita buta yang pernah membuat ramalan tentang Brexit, serangan menara berkembar WTC sekali lagi menjadi perhatian gara-gara ramalannya terhadap jangkitan Covid-19.

Meskipun sudah meninggal dunia, Baba Vanga yang berasal dari Bulgaria pernah memberi amaran mengenai kehadiran virus berbahaya itu pada 1996.

Salah seorang pengikutnya, Neshka Stefanova Robeva, 73, berkata Vanga membuat ramalan mengenai Covid-19 ketika melawat wanita itu sebelum dia meninggal pada usia 84 tahun.Robeva mendedahkan ramalan Vanga menerusi posting di media sosialnya.

“Makcik Vanga membuat ramalan wabak itu ketika saya melawatnya beberapa tahun lalu. Neshka, koronavirus akan menyerang kita. Saya tidak faham maksud kata-katanya ketika itu,” katanya.

Robeva berkata dia fikir ayat ‘Corona’ bermaksud Bulgaria akan berada di bawah jajahan Rusia sebelum mengetahui ia sebenarnya wabak berasal dari China.

Sebelum ini Vanga pernah membuat ramalan Presiden Rusia Vladimir Putin akan berdepan ancaman bunuh dari dalaman dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan pekak dan trauma otak selepas mengalami penyakit misteri.

Vanga hilang penglihatan secara misteri pada usia 12 tahun ketika banjir besar.Ramalan Vanga memang selalu membuatkan ramai yang bimbang.Ini kerana kebanyakannya mempunyai kaitan dengan nahas, kejadian luar biasa dan jarang berlaku. – Dailystar.co.uk

Shares