Roti Susu

Tuah Gantung ‘Banner’ Pemuda Akhirnya Bertemu Jodoh Tuah Gantung ‘Banner’ Pemuda Akhirnya Bertemu Jodoh
Ingat tak lagi dengan satu kisah viral, mengenai seorang lelaki yang menggantung poster untuk mencari jodoh ? Baru-baru ini khabarnya, dia yang dikenali sebagai... Tuah Gantung ‘Banner’ Pemuda Akhirnya Bertemu Jodoh

Ingat tak lagi dengan satu kisah viral, mengenai seorang lelaki yang menggantung poster untuk mencari jodoh ? Baru-baru ini khabarnya, dia yang dikenali sebagai Nooraziro Abdullah, 35, akhirnya sudah bertemu pilihan hati.

“SAYA tidak peduli orang nak cakap saya terdesak, asalkan dapat cari isteri.” Itu tindakan berani Nooraziro Abdullah, 35, yang menggantung poster di tepi jalan sebagai jalan terakhir untuk mencari jodoh.

Nooraziro yang berasal dari Marang, Terengganu mengakui terpaksa menggunakan cara itu berikutan mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.

“Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal.

“Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.

“Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia sengaja meletakkan poster berkenaan di Kuala Dungun dan tidak di tempat yang mudah dikenali orang kampung.

“Saya tidak sangka pula perkara ini menjadi tular, namun mahu berfikiran positif mungkin ini penyebab untuk saya mendapat isteri. “Ibu bapa serta adik beradik saya pun tidak tahu saya menggunakan kaedah ini untuk mencari jodoh.

Setiap kali pergi kenduri, mesti rakan akan bertanya bila mahu berkahwin, saya sudah bosan mahu menjawab pertanyaan berkenaan dan nekad mahu menggunakan cara ini bagi mendapatkan isteri,” katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri wanita pilihannya, Nooraziro tidak kisah asalkan dapat menerima dirinya seadanya. “Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya.

“Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti,” katanya.

  • Akhirnya Bertemu Jodoh, Dari 5 gadis, Ibah menarik hati

Difahamkan, Nooraziro kini sedang hangat bercinta dengan seorang seorang wanita yang dikenali sebagai Ibah, 33, dari Pahang sejak Mac lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Aziro memaklumkan selepas dia memasang poster itu, terdapat lima orang wanita, termasuk Ibah yang cuba berkenalan dengannya, namun dia lebih serasi bersama Ibah.

“Selepas membuat iklan melalui poster itu saya berkawan baik dengan lima gadis sekali gus. Tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengan saya…”

  • Lemah lembut & memahami

Tertarik dengan personaliti Ibah yang lemah lembut dan sangat memahami, Aziro telah membawa wanita itu berjumpa dengan kedua orang tuanya untuk mendapat restu.

Ibah seorang yang lemah lembut dan paling penting dia seorang yang memahami dan boleh menerima kelebihan dan kekurangan saya…”

Malah, Aziro memberitahu bahawa dia dan kekasihnya itu akan bernikah selepas sambutan Aidiladha, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan.

Menurutnya, semua ahli keluarganya sudah berjumpa dengan wanita itu dan mereka merestui hubungannya mereka.

  • Keluarga Memberi Restu

“Adik-adik saya semua suka pada Ibah dan mereka berharap perkenalan dan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin.

“Saya dan Ibah merancang untuk kahwin pada Mei lalu tetapi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang tarikh asal perkahwinan terpaksa dianjak.

“Paling cepat mungkin selepas sambutan Aidiladha nanti kami akan disatukan bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, persiapan perkahwinan sudah dibuat dengan rapi dan berharap majlis perkahwinan yang dirancang berjalan dengan lancar.

“Ibah seorang yang lemah lembut dan paling penting dia seorang yang memahami dan boleh menerima kelebihan dan kekurangan saya,” katanya.

Tahniah buat Aziro kerana telah bertemu jodoh akhirnya, semoga urusan pernikahan berjalan dengan lancar. Kredit: gstvip

Shares