Roti Susu

Tohmahan tak henti2 pasal harta, Ali Puteh sedia undur diri jadi pelawak? Tohmahan tak henti2 pasal harta, Ali Puteh sedia undur diri jadi pelawak?
Kira-kira jam 5.00 petang sebentar tadi, Ali Puteh telah membuat sidang media berhubung isu tular melibatkan dirinya dan balu allahyarham Abam. Sidang media yang... Tohmahan tak henti2 pasal harta, Ali Puteh sedia undur diri jadi pelawak?

Kira-kira jam 5.00 petang sebentar tadi, Ali Puteh telah membuat sidang media berhubung isu tular melibatkan dirinya dan balu allahyarham Abam.

Sidang media yang berlangsung hampir 45 minit itu telah menjelaskan kemelut yang melanda seperti yang diketahui umum sebelum ini.

  • Sidang media Ali Puteh

Ali telah menerangkan segala tohmahan yang dilontar kepadanya susulan daripada muat naik status di Instagram yang memanggil balu Abam sebagai ‘binatang.’

  • Mohon maaf & jelaskan segala fitnah

Dengan rendah hati, Ali telah memohon maaf kepada Nor Hidayah iaitu balu arwah serta seluruh rakyat Malaysia yang terguris dengan kata-katanya.

Disamping itu juga, bapa saudara dan juga pemandu allahyarham Abam turut hadir bagi menjelaskan perihal jual beli kereta dan dakwaan mengenai keluarga Ali tidak memberikan isteri arwah menggunakan kereta bagi tujuan membawa ke klinik.

  • Akan undur diri jika tak diperlukan

Namun begitu, diakahir sidang media tersebut, Ali sempat memohon agar pemilik saluran YouTube Tv Terlajak Laris iaitu Datuk Seri Alif Syukri untuk pergi meminta maaf kepada ibunya berhubung masalah yang telah ditimbulkan.

LIVE: Sidang media penjelasan Ali Puteh berhubung Aliff Syukri buat rakaman live dan kenyataan isteri arwah Abam

Penjelasan mengenai posting kakak ipar Ali (balu Allahyarham Abam) dan rasa kesal terhadap video yang dikeluarkan Datuk Seri Aliff Syukri

Posted by mStar Online on Jumaat, 21 Februari 2020

Dia juga turut memberitahu akan mengundurkan diri jika dia sudah tidak diperlukan lagi dalam industri. Dia bersedia untuk tidak lagi dipentas lawak dan berhasrat menjaga penuh ibunya yang sakit tanpa sebarang publisiti.

  • Sumber : Mstar
Shares