Roti Susu

Tips Tanam Kelapa Pandan Wangi,  Anggaran Potensi Pendapatan Untuk 1 Ekar Tanah Tips Tanam Kelapa Pandan Wangi,  Anggaran Potensi Pendapatan Untuk 1 Ekar Tanah
Tips Tanam Kelapa Pandan Wangi, Anggaran Potensi Pendapatan Untuk 1 Ekar Tanah 1. Beli bibit kelapa dari TRUSTED Nursery atau yang anda kenal. Ada... Tips Tanam Kelapa Pandan Wangi,  Anggaran Potensi Pendapatan Untuk 1 Ekar Tanah

Tips Tanam Kelapa Pandan Wangi, Anggaran Potensi Pendapatan Untuk 1 Ekar Tanah

1. Beli bibit kelapa dari TRUSTED Nursery atau yang anda kenal. Ada penjual yang ambil kesempatan menjual bibit tidak tulin dan claim bibit ori. Saya pernah ditipu. Masa itu saya masih kosong tentang ILMU kelapa. 5 tahun lepas.

2. Cara mengenal bibit kelapa pandan ori, semua warna daun adalah hijau. Saiz buah agak kecil. Untuk mengesahkan ketulenan, ambil akar muda dan hancurkan, jika wangi daun pandan maknanya ia ori.

3. Satu cara lagi pastikan ia ori adalah melalui daun. Kopek daun dan tenyeh hinga hancur, cium. Jika bau wangi pandan, ia memang Kelapa Pandan Wangi asli.

4. Kelapa pandan berbuah seawal 2 tahun 10 bulan dengan pembajaan dan penjagaan teratur. Tabur baja NPK subur 15:15:15 sekali dalam 3 bulan (usia pokok 1-2 tahun) Baja buah NPK 12:12:17 sekitar 2 tahun 10 bulan keatas jika pokok cukup matang.

5. Musuh utama kelapa pandan adalah serangan serangga perosak seperti kumbang tanduk dan semut. Pastikan sembur dengan racun serangga seperti jenama KARATE, DECIS, MALATION sekali dalam sebulan. Jika tidak daun menjadi kuning dan tunas kelapa mereput lalu pokok akan mati.

6. Harga borong sebiji kelapa pandan muda sekitar rm2-3 manakala harga runcit sekitar rm4-10 bergantung pada lokasi dan cara marketing.

7. Jarak tanaman adalah 6.5m x 6.5 meter (22 kaki x 22 kaki) dengan kepadatan 272 pokok sehektar (110 pokok/ekar) (sistem tiga segi) dan 236 pokok sehektar (96 pokok/ekar) (Sistem empat segi).

8. Lubang penanaman berukuran 0.45mx 0.45m x 0.45m (1.5 kaki x 1.5 kaki × 1.5 kaki) digali dan dimasukkan 200 gram baja fosfat bersama-sama dengan tanah.

9. Sebaiknya selepas 2 minggu bibit kelapa pandan barulah ditanam dalam lubang tersebut. Siram anak pokok kelapa terlebih dahulu sebelum ditanam.

10. Letakkan bibit secara menegak atau membaring bergantung kepada pertumbuhan tunas kelapa. Kemudian timbus dengan tanah bagi menutupi buah kelapa dan pastikan bahagian pangkal tunas berada diatas permukaan tanah bagi mengelakkan serangan kulat.

11. Kelapa pandan wangi mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun (1 tandan/bulan) dengan purata buah setandan diantara 10-15 biji atau 28,000 biji buah sehektar setahun (11,366 biji/ekar/thn) atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun.

12. Harga sepokok kelapa pandan wangi yang dijual di kebanyakan nursery adalah sekitar rm15-rm25 (Mudah.my, Shopee, Lazada).

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook anda terima kasih – Sifudurian

P/S: Mencari bibit kelapa pandan wangi area Sabah? whatsapp saya di 014-3016212 Don Nursery

Kredit pic Google / rentas.asia

Shares