Roti Susu

Tiga maut, tiga parah kenderaan bertembung Tiga maut, tiga parah kenderaan bertembung
Papar: Tiga maut manakala tiga parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Tuntul, Jalan Pan Borneo, dekat sini, malam... Tiga maut, tiga parah kenderaan bertembung

Papar: Tiga maut manakala tiga parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Tuntul, Jalan Pan Borneo, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan Mitsubishi Pajero Sport.

Difahamkan semua mangsa yang masih belum ketahui identitinya, termasuk yang menaiki kenderaan Ford Ranger, baru pulang dari majlis perkahwinan.

Dua lagi mangsa yang parah adalah pasangan suami isteri yang menaiki kenderaan Mitsubishi Pajero.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, terdapat tujuh mangsa terbabit dan berjaya dikeluarkan dan tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.40 malam.

“Anggota dari bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, diketuai Pegawai Bomba Kanan II Sulaiman Menin bersama sembilan anggota menggunakan sebuah jentera dan sebuah EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

“Menurut komander operasi kemalangan membabitkan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sport dan Ford Ranger yang dipercayai bertembung, ” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah dan cedera ringan diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan susulan.

“Tiga mangsa parah dan seorang cedera ringan dihantar ke Hospital Papar menggunakan Kenderaan EMRS dan ambulans.

“Pasukan bomba turut membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian. Operasi menyelamat tamat jam 10.24 malam tadi,” katanya. – BH

Shares