Roti Susu

Tidak Mahu Terpalit Sama, Isteri Khalid Jamlus Akhirnya Buka Mulut Ceritakan Semuanya Tidak Mahu Terpalit Sama, Isteri Khalid Jamlus Akhirnya Buka Mulut Ceritakan Semuanya
“SAYA tengok muka kamu pun dah macam orang utan” itu antara pendedahan Zarina Zainal, isteri bekas pemain kebangsaan Khalid Jamlus yang akhirnya membuka mulut... Tidak Mahu Terpalit Sama, Isteri Khalid Jamlus Akhirnya Buka Mulut Ceritakan Semuanya

“SAYA tengok muka kamu pun dah macam orang utan” itu antara pendedahan Zarina Zainal, isteri bekas pemain kebangsaan Khalid Jamlus yang akhirnya membuka mulut menjelaskan segalanya berkaitan suami.

Zarina mendakwa Khalid melakukan pelbagai kerja demi menyara keluarga selepas bersara dalam arena bola sepak.

Tampil menerusi akaun Facebooknya, Zarina menjelaskan Khalid Jamlus sebenarnya bukan pemalas atau memilih pekerjaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah melakukan pelbagai kerja berat tanpa memikirkan statusnya yang pernah bergelar sebagai bintang bola sepak negara.

Beliau berkata, suaminya pernah mengusahakan perniagaan penghantaran barang selepas bersara. Namun terpksa menutupnya berikutan ditipu akibat terIampau percaya kepada orang lain.

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu macam-macam kamu (Khalid) kerja sudah buat dan cuba selepas bersara daripada arena bola sepak.

“Selain sebagai jurulatih, kamu sudah buat perniagaan kargo samapi ikut pemandu lori hantar barang.

Paling jauh sampai Kuantan dan terpksa tutup perniagaan kerana kena tiipu (tak ada pengetahuan perniagaan dan cepat percaya orang sebab itu senang kena tiipu.. padan muka,” katanya.

Namun, lebih menarik perhatian, pemenang kasut emas 2002 itu juga pernah kerja berat dengan membersihkan hutan dan buat jalan raya.

“Selepas itu, kamu ikut orang buat kerja pembersihan hutan di Kuala Kangsar untuk projek. Masuk hutan keluar hutan… sekali itu i tengok muka you pun dah macam orang utan.

Kenyataan di media sosial Isteri Khalid :

“Apa Lagi? Kerja dengan hantu, buat jalan… jalan tar tu!, dah macam orang minyak berkilat muka dan bila senyum nampak gigi saja,” katanya.

Selain itu, Zarina juga mendedahkan Khalid mengambil keputusan menjual barang kesayangannya merangkumi pingat, jersi dan trofi kasut emas kerana tidak tahan apabila mengetahui isterinya diejek individu lain.

“Saya tahu banyak faktor yang mendesak kamu buat macam ini… sebagai anak. Suami dan ayah juga, segalanya bermula bila tiada pekerjaan, orang ejek isteri kamu.. kasihan laki tak kerja.

“Ibu dan ayah sakit, nak kena bayar rumah yang kamu beli untuk ayah dan ibu waktu mula main bola selain anak nak membesar dan untuk isteri juga.

“Saya hormati apa jua keputusan kamu kerana mengenali kamu daripada bujang sudah mula pikuI tanggungjawab kepada ibu bapa dan adik beradik sehingga kahwin,” katanya.

Terdahulu, tindakan Khalid menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi kasut emas yang dimenanginya cukup mengejutkan ramai pihak.

Sekali gus memb0ngkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Khalid berkata, beliau mengharungi kehidupan yang perit dengan hartanya seperti rumah dan kereta hampir ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Meskipun memiliki lesen kejurulatihan kelas B, dia mengakui agar sukar untuk mendapatkan pasukan.

Termasuk pernah meminta bantuan daripada pihak tertentu seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pasukan Liga Malaysia namun semuanya hampa. [ sumber ]

Shares