Roti Susu

Terpisah 7 Bulan , Ayah Berlakon Jadi ‘Orang Aircond’ Datang Rumah Buat Ramai Sebak ! Terpisah 7 Bulan , Ayah Berlakon Jadi ‘Orang Aircond’ Datang Rumah Buat Ramai Sebak !
Jarak memisahkan orang tersayang. Ini yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini selepas larangan merentas sempadan negara akibat pandemik Covid-19. Apa yang menyedihkan anak-beranak tidak... Terpisah 7 Bulan , Ayah Berlakon Jadi ‘Orang Aircond’ Datang Rumah Buat Ramai Sebak !

Jarak memisahkan orang tersayang. Ini yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini selepas larangan merentas sempadan negara akibat pandemik Covid-19. Apa yang menyedihkan anak-beranak tidak berjumpa ayahnya sejak 7 bulan.

Pastinya kerinduan itu sukar nak digambarkan. Walaupun boleh membuat video call setiap hari, ia tak sama seperti ada di depan mata. Ibaratnya hanya yang menanggung saja memahami betapa rindu untuk bersatu bersama orang tersayang.

Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak2 tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka.Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.

Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doa2 kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua.

Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.

Allah pinjamkan 14hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada disisi. Anak2 juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita moment2 penting sepanjang ketiadaan papa disisi.

Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera.Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera.Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.

Klik Gambar Untuk Tonton Video :

Kredit :transformasi.pw/SiakapKeliPress

Shares