Roti Susu

Terjawab sudah… Agong pilih Muhyiddin sebagai PM ke-8, angkat sumpah esok Terjawab sudah… Agong pilih Muhyiddin sebagai PM ke-8, angkat sumpah esok
TANDA tanya mengenai calon Perdana Menteri ke-8 akhirnya terjawab selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memilih Tan Sri Muhyiddin... Terjawab sudah… Agong pilih Muhyiddin sebagai PM ke-8, angkat sumpah esok

TANDA tanya mengenai calon Perdana Menteri ke-8 akhirnya terjawab selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisi jawatan berkenaan.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Istana Negara, sebentar tadi.“Istana Negara hari ini menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

“Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin, Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin itu turut berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan pagi Ahad di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

“Seri paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agarm kemelut politik ini berakhir.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media,” kata kenyataan itu lagi. – Mstar

Shares