Roti Susu

Terbaru : 10 Lagi Artis Akan Dipanggil SPRM Berhubung Urusan Wang Haram Terbaru : 10 Lagi Artis Akan Dipanggil SPRM Berhubung Urusan Wang Haram
Jika semalam pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua artis terkenal akan dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram dan perjudian... Terbaru : 10 Lagi Artis Akan Dipanggil SPRM Berhubung Urusan Wang Haram

Jika semalam pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua artis terkenal akan dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram dan perjudian dalam talian, terbaru 10 lagi artis dalam senarai yang akan dipanggil.

Memetik laporan Harian Metro, semua artis terbabit akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan. Difahamkan, kesemua artis itu termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal.

“Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian,” katanya.

Menurutnya, semalam SPRM memanggil sembilan lagi individu termasuk dua lelaki yang juga Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan agensi itu untuk tampil memberikan keterangan secara sukarela.

“Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama.

“Ada yang hadir di pejabat SPRM, ada yang diambil keterangan di luar,” katanya. – Rotikaya.com

Shares