Roti Susu

“Tempiasnya Terkena Pada Saya Juga Kerana…,” Raf Yaakob Terkenang Saat Mahu Kahwini Mawar Rashid “Tempiasnya Terkena Pada Saya Juga Kerana…,” Raf Yaakob Terkenang Saat Mahu Kahwini Mawar Rashid
Suami kepada Mawar Rashid, Raden Ahmad Faizal Yaakob tidak menafikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang pernah terkait dengan isterinya ketika berada dalam... “Tempiasnya Terkena Pada Saya Juga Kerana…,” Raf Yaakob Terkenang Saat Mahu Kahwini Mawar Rashid

Suami kepada Mawar Rashid, Raden Ahmad Faizal Yaakob tidak menafikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang pernah terkait dengan isterinya ketika berada dalam saingan Dewi Remaja kira-kira lima tahun lalu sedikit sebanyak turut memberi kesan.

Katanya kepada MH, pelakon yang sinonim disapa Raf Yaakob ini turut akui ketika mahu memperisterikan wanita yang kini menjadi suri hatinya itu, ada cakap-cakap belakang yang memberi persepsi pelbagai.

“Tempiasnya terkena pada saya juga kerana sewaktu mahu berkahwin dengan Mawar, ada yang tanya mengapa nak kahwin dengan ‘sekian-sekian’, ada ‘kes ini dan kes itu’, kau punya keluarga semua kononnya berpendidikan. Mengapa pilih Mawar?

“Akan tetapi sejujurnya pandangan pertama saya terhadapnya apabila menonton video yang diperkatakan itu, nampak seperti dia menjadi mangsa.

“Malah kalau ada yang tanya saya pada ketika itu pun, saya tidak berapa tahu juga mengenai GST.“Bagi saya, Mawar jawab dengan sekadar ikhlas. Tetapi tidak sangka ia ‘dihype’ sehingga Mawar pun terkena.“Bagi saya, tempelaknya juga terkena pada saya. Apa pun, dia wanita bijak sejak pertama kali bertemu dengannya.

“Apa yang dikatakannya adalah daripada hati dan sudah tentu saya turut berikannya semangat untuk menyambung pengajian dan sebagainya,” jelas Raf yang kini gembira dengan apa yang dilalui isteri tersayang.Mawar yang setia di sisi turus menjelaskan, ia dirakam ketika sistem tersebut dilaksanakan di negara ini.

“Ia dirakam sebelum GST dilancarkan. Bagi saya ketika itu masih belum cukup matang dan ada salahnya juga sebab tidak berapa peka terhadap isu tersebut sebab saya sibuk dengan hal lain.

“Apa pun, yang berlaku menyebabkan saya bersyukur juga kerana ia betul-betul buatkan diri menjadi lebih kuat. Malah saya selalu terapkan semangat positif dalam diri, hingga pada satu tahap ada datang dan beritahu saya seorang yang sangat positif.

“Bila difikirkan balik, inilah hikmah yang Kau berikan pada Aku. Malah orang nak bercakap apa sahaja pada ketika itu pun, saya diam dan hanya bersabar.“Ia ibaratnya sebagai satu proses untuk saya menjadi seorang yang penyabar.

“Jadi dengan apa yang dilalui itulah, saya rasa mahu tolong orang lain yang rasa tertekan, kena kritik dan sebagainya.“Saya pun ada beritahu pada masa sama mahu menjadi seorang yang memberi motivasi dengan berkongsi pengalaman.

“Saya gembira dengan diri sendiri kerana setidak-tidaknya, saya cuba untuk menjadi lebih baik dari segi mental dan pemikiran,” kata Mawar.Pada masa sama, bintang TQ Captain ini juga melebarkan langkah dalam bidang perniagaan menerusi Mawarose.

“Jenama Mawarose baru sahaja mengeluarkan produk pertama iaitu Magic Rose Lips & Cheek Cream. Alhamdulillah, sambutannya sangat memberangsangkan.“Kami juga turut keluar dengan lagu tema Mawarose yang dinyanyikan saya sendiri. Rentaknya ‘fast’ dan mempunyai elemen kpop.

“Selain dijual secara atas talian dan menerusi stokis, Mawarose juga akan dijual menerusi ‘vending machine’. Harapnya ia mendapat respon positif ramai,” kata yang teruja kerana Magic Rose Lips & Cheek Cream sudah pun mempunyai pembeli. – MH

Shares