Roti Susu

Tarikh Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir Astar Didedahkan ! Tarikh Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir Astar Didedahkan !
Pelakon Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini. Memetik laporan Astro Awani, hari... Tarikh Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir Astar Didedahkan !

Pelakon Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Memetik laporan Astro Awani, hari bahagia pasangan yang sehingga kini masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka itu akan diadakan di ibu negara.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” kata sumber kepada Astro Awani pada Rabu. Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 26 tahun itu. Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik. – Astro Awani

Shares