Roti Susu

Tangisan anak tunggal Ashraf Sinclair undang sebak – “Noah, I feel you! Hatiku hancur melihatnya” Tangisan anak tunggal Ashraf Sinclair undang sebak – “Noah, I feel you! Hatiku hancur melihatnya”
MOMEN paling meruntun jiwa tentulah apabila melihat anak lelaki Allahyarham Ashraf Sinclair, Noah Aidan Sinclair gagal menahan air mata. Air mata kanak-kanak berusia 10... Tangisan anak tunggal Ashraf Sinclair undang sebak – “Noah, I feel you! Hatiku hancur melihatnya”

MOMEN paling meruntun jiwa tentulah apabila melihat anak lelaki Allahyarham Ashraf Sinclair, Noah Aidan Sinclair gagal menahan air mata.

Air mata kanak-kanak berusia 10 tahun itu jelas kelihatan berguguran tatkala melihat arwah bapanya disemadikan pada petang Selasa.

Menerusi rakaman secara langsung di iNews.id ketika majlis pengebumian Ashraf, Noah dilihat duduk disamping ibunya, Bunga Citra Lestari.

Bunga juga dilihat mengesat air mata dan cuba menenangkan Noah. Klip video itu tular di Twitter hingga mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Rata-rata terkesan melihat reaksi Noah yang diketahui umum cukup rapat dengan arwah bapanya itu.

“Noah, I feel you!

“Sejujurnya sedih sangat melihat reaksi Noah pada ketika ini… stay strong.

“Hatiku hancur melihatnya, tak boleh bayangkan jika berada di tempat dia,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu jenazah Ashraf atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair selamat dikebumikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia kira-kira pukul 4.47 petang waktu tempatan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun di Hospital MMC, Jakarta, pada jam 4.51 pagi tadi akibat serangan jantung. – Mstar

Shares