Roti Susu

Tangan Kebas : Maksud, Gejala Dan Juga Rawatan Tangan Kebas : Maksud, Gejala Dan Juga Rawatan
Apakah Itu Tangan Kebas? Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti cucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak... Tangan Kebas : Maksud, Gejala Dan Juga Rawatan

Apakah Itu Tangan Kebas?

Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti cucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ianya bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami.

Apakah penyebab tangan kebas?

Tangan kebas selalunya disebabkan oleh kompresi, kecederaan atau irritasi pada saraf di bahagian tangan. Ianya sangat penting untuk mengetahui punca berlakunya masalah ini kerana ia akan dapat membantu dalam proses rawatan. Antara punca berlakunya tangan kebas kanan, kiri atau kedua-duanya ialah seperti:

Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal. Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.

‘Amyloidosis’. Ini merupakan sebuah penyakit di mana berlakunya pertambahan protein ‘amyloid’ dalam tisu di badan. Salah satu kesan sampingan berikutan penyakit ini ialah tangan kebas.

Kecederaan pada ‘brachial plexus’. ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika saraf pada cawangan ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.

‘Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat. Kesan sampingannya ialah selalunya pada waktu malam.

Kekurangan vitamin B12 dalam badan. Vitamin tidak kira vitamin apa sahaja pun, diketahui oleh semua orang iaitu ianya penting untuk tubuh badan. Kekurangan vitamin khususnya vitamin B12 dalam badan boleh membawa kepada masalah tangan kebas.

Sebarang kecederaan pada tulang belakang. Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas malah kaki dan tempat lain juga boleh turut berasa kebas dalam situasi ini.

‘Ganglion cyst’. Ini merupakan sebuah ketulan kecil yang selalunya timbul pada pergelangan tangan. Ketulan ini kadang kala akan memberikan tekanan kepada saraf berhampiran sehingga menjadikan tangan kebas.

Kencing manis. Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Ia akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.

Strok. Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah kebas pada tangan sebagai kesan sampingan.

Penyakit jenis ‘auto immune’. Penyakit ‘auto immune’ seperti ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Toksin. Toksin seperti plumbum, merkuri, arsenik dan banyak lagi jika memasuki tubuh badan kita oleh mendatangkan kesan sampingan seperti tangan kebas dan juga impak yang lebih serius yang dapat mengundang maut.

Apakah Gejala Tangan Kebas?

Gejala yang berikutan masalah ini tidak banyak dan selalunya tangan kebas merupakan kesan sampingan daripada penyakit besar yang lain.

Tangan kebas ini tidak hanya wujud dengan sendirinya. Antara gejala ialah seperti:

  1. Kebas yang dirasa pada tangan berikutan sakit
  2. Kebas pada tangan merebak ke tempat lain seperti lengan dan bahu
  3. Kebas sampai tidak dapat menggerakkan jari atau tangan
  4. Kebas sehingga hilang deria rasa
  5. Pening kepala
  6. Demam
  7. Loya
  8. Muntah

Individu terbabit haruslah mengambil tahu gejala seperti di atas atau lain-lain masalah yang berlaku beriringan tangan kebas ini. Hal ini akan membantu para doktor mengenal pasti masalah yang menyebabkan kebas ini.

Apakah Penyiasatan Yang Dilakukan Untuk Tangan Kebas?

Penyiasatan yang dilakukan untuk masalah selalunya ialah untuk memastikan kebas yang berlaku disebabkan oleh saraf otak atau saraf peripheri. Antara rawatan yang akan dilakukan ialah seperti:

  1. Sampel darah. Ini akan dapat memberitahu kita mengenai kadaar gula seseroang itu, serta bahan dalam darah seperti toksin, bahan metabolik, kerosakan pada hati dan sebagainya.
  2. Air tulang belakang. Ini akan memberitahu kita jika terdapat sebarang jangkitan ataupun masalah saraf peripheri.

Terdapat juga kaedah imbasan yang boleh dilakukan untuk melihat struktur dalam badan dan otak bagi menemui masalah yang mendatangkan tangan kebas ini:

  1. CT
  2. MRI

Apakah Rawatan Tangan Kebas?

Seperti yang dinyatakan, tangan kebas selalunya tidak akan wujud dengan sendiri. Ia selalu berlaku beriringan penyakit atau masalah kesihatan yang lain.

Oleh itu, rawatan juga akan berpandukan punca berlakunya perkara ini. Antara rawatan yang dapat diberikan ialah seperti:

  1. Kencing manis. Kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah dapat diselesaikan. Jika tidak ianya akan bertamabah teruk dan memudaratkan kesihatan.
  2. Kekurangan vitamin B12. individu terbabit hendaklah mengambil supplemen vitamin untuk memastikan kadar vitamin dalam badan tidak berada di bawah kadar normal.
  3. Strok. Masalah serius seperti ini haruslah mendapat rawatan dan ubatan daripada doktor untuk membantu masalah tanagn kebas dan masalah lain.
  4. Alkohol. Pada alkoholik hendaklah berhenti minum supaya dapat menyelesaikan masalah . Jika tidak, ianya masih akan berlaku dan menyusahkan kita.
  5. Kecederaan pada saraf pada bahagian tangan. Ini haruslah segera dilihat oleh seorang doktor pakar dan dengan seger harus diselesaikan supaya masalah akan sembuh dan tidak membawa kepada masalah lain.
  6. Toksin. Toksin dalam badan yang menyebabkan berlakunya tangan kebas haruslah dikeluarkan daripada aliran darah bagi memastikan dapat dihentikan.
  7. ‘Ganglion cyst’. Masalah seperti ini yang menyebabkan tangan kebas haruslah dikeluarkan dan ini akan mengurangkan tekanan pada saraf dan sekali gus menghilangkan rasa kebas pada tangan.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

Shares