Roti Susu

Sebulan belayar, pasangan kekasih tak sedar Covid-19 dah merebak seluruh dunia Sebulan belayar, pasangan kekasih tak sedar Covid-19 dah merebak seluruh dunia
SEJAK empat bulan lalu, hampir setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita dan maklumat terkini mengenai wabak Covid-19 yang masih menjadi ancaman di seluruh... Sebulan belayar, pasangan kekasih tak sedar Covid-19 dah merebak seluruh dunia

SEJAK empat bulan lalu, hampir setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita dan maklumat terkini mengenai wabak Covid-19 yang masih menjadi ancaman di seluruh dunia.Tapi sebenarnya, masih ada yang tidak menyedari tentang penularan wabak tersebut dan impaknya terhadap kehidupan kita.

Itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih ini yang mendakwa terkejut apabila mengetahui Covid-19 sudah menjadi ancaman dan meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

Elena Manighetti dan Ryan Osborne yang berasal dari Manchester, United Kingdom memberitahu mereka tidak mempunyai banyak informasi mengenai virus itu kerana sedang belayar merentasi Lautan Atlantik pada Februari lalu.

Ryan dan Elena berlepas dari Kepulauan Canary, Itali menuju ke Pulau Karibia, Perancis.Kata Ryan, mereka juga meminta keluarga tidak memberi sebarang berita buruk sepanjang pelayaran mereka kerana tidak mahu berfikir mengenainya.

“Sebelum berlayar memang kami ada terdengar mengenai virus di China tetapi kami ingat apabila tiba di Karibia, semuanya sudah berakhir,” katanya kepada BBC.

Perjalanan yang mengambil masa 25 hari itu kata Ryan membuatkan mereka tidak menyangka pelbagai perkara sudah berlaku dan memberi impak buruk di seluruh dunia.

Bagaimanapun mereka mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila kapal mereka tidak dapat berlabuh di Karibia memandangkan semua laluan ditutup.

“Ini pertama kali kami ke Karibia tetapi apabila sampai, semua tempat pelabuhan ditutup malah semua pulau-pulau di sekelilingnya turut ditutup. “Ketika itu kami sedar bahawa sesuatu yang buruk sedang berlaku,” ujarnya lagi.

Tidak berputus asa, pasangan itu memberitahu mereka melencongkan kapal ke Saint Vincent di mana mereka menggunakan sistem GPS sebagai bukti mereka telah mengasingkan diri selama sebulan.

GPS penyelamat pasangan itu dan pihak berkuasa membenarkan mereka melabuhkan kapal.”Ketika ini kami masih berada di Saint Vincent dan tidak merancang untuk bergerak ke mana-mana dalam tempoh terdekat sehinggalah situasi benar-benar selamat. “Harap-harap pandemik ini akan berakhir sebelum musim tenkujuh pada awal Jun depan,” jelasnya lagi. – Mstar

Shares