Roti Susu

Tak Sangka Tun M Bongkarkan Yang Sejak Dulu Lagi Dia Tak Sentuh Dan Guna Gajinya. Tak Sangka Tun M Bongkarkan Yang Sejak Dulu Lagi Dia Tak Sentuh Dan Guna Gajinya.
Walaupun hari ni usianya telah mencecah 93 tahun, namun Tun Dr Mahathir Mohamad tetap ‘steady’ dan bersemangat bagi menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Sebelum... Tak Sangka Tun M Bongkarkan Yang Sejak Dulu Lagi Dia Tak Sentuh Dan Guna Gajinya.

Walaupun hari ni usianya telah mencecah 93 tahun, namun Tun Dr Mahathir Mohamad tetap ‘steady’ dan bersemangat bagi menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini, Tun M menyatakan bahawa jemaah menteri bersetuju agar gaji pokok mereka dipotong sebanyak 10 peratus sebagai tanda prihatin untuk pulihkan ekonomi kewangan negara.

Terbaru, beliau mengakui gaji sebagai ahli Parlimen masih rendah berbanding sektor swasta, namun beliau tidak bercadang untuk menaikkan pendapatan bulanan wakil rakyat di seluruh negara, memetik laporan Mstar Online.

Selain itu, suami kepada Tun Dr Siti Hasmah itu memberitahu bahawa gaji yang diterima ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini adalah mencukupi dan tidak pernah menggunakan wang tersebut.

“Ketika saya menjadi perdana menteri, gaji semasa saya letak jawatan adalah RM20,000 sebulan. “Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan,” kata Tun M.

Tun M juga turut mendedahkan bahawa beliau tidak menggunakan gajinya selama 29 tahun kerana kerajaan telah memberikan rumah, kenderaan dan membayar elaun perjalanan, bil elektrik serta air.

Wow hebatnya la Tun, simpan hasil kerja kerasnya untuk masa hadapan. Kalau kami rakyat marhaen ni, gaji setiap bulan habis macam tu je!

Shares