Roti Susu

Tak sangka ini respon win dari Datuk A Aida buat warganet tergamam Tak sangka ini respon win dari Datuk A Aida buat warganet tergamam
Nak jadi diri sendiri, belum bersedia, seruan hidayah belum sampai.” Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung. Dalam ceramah... Tak sangka ini respon win dari Datuk A Aida buat warganet tergamam

Nak jadi diri sendiri, belum bersedia, seruan hidayah belum sampai.” Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung. Dalam ceramah perdana ‘Taub4t Seorang Pend0sa’ di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada malam Sabtu lalu, Datuk Ustaz Kazim Elias bagaimanapun berkata, golongan terbabit sebenarnya sudah mendapat hidayah ketika mereka memilih untuk ‘menutup rambut’.

Jelasnya, tindakan mereka itu secara tidak langsung sudah menolak hidayah Allah. “Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, keriting sini. Datang keinsafan dan balik dari umrah, cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang… saya bertaub4t.

“Lepas pakai tudung, tak ada job. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang. “Akhirnya, dia buka tudung. Dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap. Nanti Allah ganti kut (perkara) lain,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam masa sama, Ustaz Kazim memberi contoh seorang artis yang menanggalkan tudung selepas berpisah dengan alasan tidak mahu hip0krit kerana dulu, suami yang suruh bertudung. “(Dia jawab) Saya tak nak hip0krit saya nak jadi diri saya sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hip0krit.

“I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, Memang berd0sa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat I doakan agar I dapat hidayah,” katanya sekadar mengambil contoh. Malah, Ustaz Kazim menyifatkan tindakan golongan ini meminta peminat mendoakan agar diberi hidayah selepas menaggalkan tudung sebagai tindakan pelik.

“Allah dah bagi hidayah depan pintu… Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun skit,” katanya. Mengakui kata-kata itu ditujukan buatnya, penerbit drama Datuk A Aida bagaimanapun tidak terasa hati memandangkan isi penyampaian itu adalah perkara yang baik.

“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya.

Semoga dengan mendengar ceramah ini, pintu hidayah dibuka kembali buat Aida dan rakan-rakan. – CARI

Shares