Roti Susu

“Tak Ada Buah Lain Ker” – Nabil Mahir Suap Pisang Kat Ayda Jebat, Ramai Mula Fikir…. ! “Tak Ada Buah Lain Ker” – Nabil Mahir Suap Pisang Kat Ayda Jebat, Ramai Mula Fikir…. !
Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menyuap buah pisang kepada kekasih hatinya, penyanyi Ayda Jebat.... “Tak Ada Buah Lain Ker” – Nabil Mahir Suap Pisang Kat Ayda Jebat, Ramai Mula Fikir…. !

Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menyuap buah pisang kepada kekasih hatinya, penyanyi Ayda Jebat.

Di ruangan kapsyen, Nabil memberitahu, dia bertindak demikian kerana Ayda seorang yang susah untuk makan buah-buahan. “Sumbat je sebab susah sangat nak makan buah. Sapa tak suka makan buah gak?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, perkongsian foto itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakan Nabil itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai. Ini kerana, ‘pisang’ mempunyai maksud tersirat yang sering dikaitkan sebagai simbol organ seksual dalam kalangan masyarakat kita.

Kenapa aku tiba-tiba terfikir benda yang pelik sekarang:

“I hate my mind!” “Ibarat dia hisap sesuatu. “Lain macam kuning eh! “Tak ada buah lain ke kau nak sumbat, cuba buah tembikai ke.

“Apakah maksudnya ni main sumbat pisang tak elok nanti ada otak lain fikir yang bukan-bukan bila tengok gambar ni,” tulis sebahagian netizen. Bagaimanapun, pada masa sama, ada juga yang memuji tindakan Nabil yang disifatkan romantik dan manja.

“Semoga Ayda dan Nabil disatukan. Insya-Allah sweetnya awak berdua Nabil untung tau dapat Ayda orangnya cantik. Nabil jangan lama-laman, nanti dia diambil orang,” komen salah seorang pengikutnya. Pada November tahun lalu, pasangan tersebut mengakui sedang menjalin hubungan istimewa.

Saksikan karya lakonan Ayda dan program-program yang pernah dihoskan oleh Nabil di Astro sebelum ini pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang! – Sumber

Shares