Roti Susu

‘Saya Tidak Pernah Menyesal’ – Syed Saddiq Wish Birthday Paling ‘Deep’ Buat PM ‘Saya Tidak Pernah Menyesal’ – Syed Saddiq Wish Birthday Paling ‘Deep’ Buat PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut ulang tahun kelahiran beliau ke 73 semalam, 15 Mei 2020. Tidak ketinggalan memberi ucapan penuh makna adalah... ‘Saya Tidak Pernah Menyesal’ – Syed Saddiq Wish Birthday Paling ‘Deep’ Buat PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut ulang tahun kelahiran beliau ke 73 semalam, 15 Mei 2020. Tidak ketinggalan memberi ucapan penuh makna adalah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sokong tanpa harap apa-apa ganjaran :

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, Perdana Menteri telah banyak mengajarnya banyak perkara sepanjang penglibatan dalam kancah politik. Antaranya ancaman dari pihak tertentu kerana menyokong Perdana Menteri ketika pernah ‘disingkirkan’ Umno, suatu masa lalu.

Saya masih ingat Tan Sri sebagai seorang pemimpin yang mengajar saya untuk berpegang kepada prinsip walaupun berdepan dengan ancaman dan ganjaran untuk memujuk saya berpaling tadah.

Tan Sri juga tahu ugutan yang diterima keluarga dan saya sendiri setelah menyatakan sokongan kepada sokongan kepada Tan Sri. Tan Sri jumpa keluarga saya dan menjamin kita akan hadapi semua ini bersama. Lalui semua ni, saya tak harapkan apa-apa kerana saya percaya Tan Sri sepenuh hati. Saya tahu Tan Sri orang baik-baik.

Syed Saddiq

Tidak menyesal :

Syed Saddiq juga berkata dia tidak pernah menyesal dengan keputusan dan sokongan terhadap Muhyiddin sebelum ini kerana menganggap beliau sebagai pemimpin yang diperlukan ketika ini.

Saya masih ingat ada pemimpin yang tanya berapa Tan Sri bayar saya untuk beri sokongan. Saya tidak pernah menyesal kerana saya tahu Tan Sri pemimpin yang Malaysia perlukan.

Satu penghormatan untuk pamer sokongan semampu saya. Mungkin kita berbeza pandangan ketika ini, namun hormat saya tidak akan berkurang.

Sumber: Syed Saddiq / Ohbulan

Shares