Roti Susu

Syed Saddiq Luah Rasa Kecewa, Ini Nasihat Abby Abadi & Azief Khalid Syed Saddiq Luah Rasa Kecewa, Ini Nasihat Abby Abadi & Azief Khalid
Rata-rata rakyat Malaysia begitu terkejut dengan perubahan yang berlaku dalam pentadbiran negara, susulan dari peletakan dan perlantikan jawatan Perdana Menteri baharu. Belum reda rasa... Syed Saddiq Luah Rasa Kecewa, Ini Nasihat Abby Abadi & Azief Khalid

Rata-rata rakyat Malaysia begitu terkejut dengan perubahan yang berlaku dalam pentadbiran negara, susulan dari peletakan dan perlantikan jawatan Perdana Menteri baharu.

Belum reda rasa terkejut dengan berita peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sebagai Perdana Menteri ke-7, muncul pula berita tanpa di duga Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah.

  • Syed Saddiq Luah Isi Hati

Hal yang sama turut dirasai oleh Bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq melalui posting terbarunya di Instagram. Saddiq meluahkan rasa kesal kerana yang terpalit dengan ratusan kes rasuah akan diangkat sebagai pemimpin menerajui negara. Baca luahan isi hati Saddiq di bawah.

“Minggu ini, minggu yang paling mencabar. Saya masuk Politik untuk bersihkan Politik, tetapi diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan Pemimpin Politik yang saya lawan dahulu kerana rasuah & salah guna kuasa.”

“Mereka yang terpalit dengan ratusan kes rasuah akan diangkat sebagai pemimpin menerajui negara.”“Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah tetapi saya tidak sanggup.”

“Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan.”

 

View this post on Instagram

 

Gambar ini diambil pada tahun 2015. Salah satu sebab saya masuk Politik adalah kerana Tan Sri. Saya tidak sanggup melihat seorang pejuang kebenaran dihina, dimaki & dibuang oleh UMNO kerana prinsip & pendiriannya. Sebagai anak muda, saya bangga ada seorang pemimpin seperti Tan Sri. Saya tidak mahu dia berdiri berseorangan. Dalam Politik, dia seperti seorang ayah kepada saya. Saya dibuang kerja, keluarga saya diugut & pendidikan saya tergendala kerana bersama Tan Sri. Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul. Menang atau kalah bukan matlamat utama. Prinsip perjuangan yang membakar semangat saya. Minggu ini, minggu yang paling mencabar. Saya masuk Politik untuk bersihkan Politik, tetapi diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan Pemimpin Politik yang saya lawan dahulu kerana rasuah & salah guna kuasa. Mereka yang terpalit dengan ratusan kes rasuah akan diangkat sebagai pemimpin menerajui negara. Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah tetapi saya tidak sanggup. Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan. Minta maaf Tan Sri kerana tidak dapat bersama. Saya akan terus berusaha & berdoa supaya prinsip perjuangan kita akan dijunjung melebihi kepentingan politik. May Allah bless us all.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

“Minta maaf Tan Sri kerana tidak dapat bersama. Saya akan terus berusaha & berdoa supaya prinsip perjuangan kita akan dijunjung melebihi kepentingan politik.”

  • Dapat Reaksi Dari Selebriti Tempatan

Luahan isi hati Saddiq telah mendapat reaksi positif dari pengikutnya termasuk golongan selebriti.Pelakon dan usahawan, Abby Abadi menasihati Saddiq supaya meneruskan perjuangan dengan sebaiknya.

Terlihat juga, komen dari anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Azief Khalid yang menunjukkan tanda sokongan serta memberi kata-kata semangat kepada Saddiq.

Untuk perkembangan terbaru, menurut Astro Awani, TSMY memulakan tugas hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri Kelapan di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini. – Murai.my

Shares