Roti Susu

Netizen Terkejut Tengok Jumlah Gaji & Elaun Menteri Yang Didedahkan Syed Saddiq Netizen Terkejut Tengok Jumlah Gaji & Elaun Menteri Yang Didedahkan Syed Saddiq
Berani kerana benar – Syed Saddiq. Syed Saddiq berkata, sekali lagi ada yang mencuba untuk kaitkan dirinya dengan rasuah sedangkan beliau menyertai politik untuk... Netizen Terkejut Tengok Jumlah Gaji & Elaun Menteri Yang Didedahkan Syed Saddiq

Berani kerana benar – Syed Saddiq. Syed Saddiq berkata, sekali lagi ada yang mencuba untuk kaitkan dirinya dengan rasuah sedangkan beliau menyertai politik untuk bersihkannya, bukan untuk kedudukan dan kewangan.

“Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasuah tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung.

“Sekarang ada lagi yang mencuba. Saya nak ingatkan beberapa perkara iaitu saya sendiri yang melaporkan kes ini ke pihak polis. Kalau duit rasuah, buat apa saya nak laporkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, wang yang hilang adalah milik beliau dan keluarga serta sudah membuat laporan polis mengenai wang itu untuk tujuan renovasi rumah.

“Kalau duit rasuah, kenapa kita nak laporkan. Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah, tiada Toyota Vellfire, tiada kereta mewah dan saya juga tiada aset yang mahal atau baru yang dibeli.

“Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya dan keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi menteri,” katanya.

Katanya, apabila berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan, beliau adalah salah seorang menteri pertama yang mengisytiharkan aset dan juga mengamalkan dasar tender terbuka untuk semua kontrak.

“Tiada seorang pun kontraktor yang dapat kontrak dari saya, semua perlu melalui jawatankuasa tender yang bebas daripada campur tangan menteri.

“Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk menteri makan rasuah kerana gaji tinggi, elaun tinggi dan belum masuk lagi pembayaran secara ‘one-off’,” katanya.

Tambahnya, gaji menteri dan ahli parlimen berjumlah RM55,000 sebulan tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan.

“Elaun ‘one off’ pinggan dan mangkuk RM42,000 serta elaun tahunan percutian RM70,000. Manakala elaun makanan setiap hari RM180 seorang dengan had maksimum untuk tuntutan belanja makan, tidak kira jumlah orang.

“Selain itu elaun pindah rumah RM10,000 dan apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi pembayaran ‘one-off’ sebanyak RM150,000,” katanya, – Harian Metro

Shares