Roti Susu

Sumpah Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) Sumpah Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34)
Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata... Sumpah Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34)

Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit itu, melayakkan Sumpah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi penyanyi Aman Ra dengan lagu Budak Flat yang membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Anta Permana nyanyian Bob atau penyanyi asalnya Datuk Siti Nurhaliza yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi.

Hafiz Suip meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik dan juga Persembahan Terbaik dengan lagu Kisah Cinta Kita. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional daripada pelbagai latar belakang bidang muzik. Mereka adalah Ajai (Ketua Juri), Azmeer, Edrie Hashim, Dato’ Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish (menggantikan arwah Lok U).

Acara anugerah berprestij itu dihoskan oleh Awal Shaari, Haziq dan Sherry Al Hadad. Lebih tiga dekad penganjurannya, AJL bertujuan memartabatkan industri muzik dengan memberi pengiktirafan kepada komposer dan penulis lirik. – Rotikaya.com

Shares