Roti Susu

Pendapatan Mula Diperkatakan, Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Bayaran Sebenar Dari Youtube Pendapatan Mula Diperkatakan, Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Bayaran Sebenar Dari Youtube
Pendapatan Mula Diperkatakan, Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Bayaran Sebenar Dari Youtube Pada era teknologi di hujung jari kini, pelbagai cara yang kita boleh lakukan... Pendapatan Mula Diperkatakan, Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Bayaran Sebenar Dari Youtube

Pendapatan Mula Diperkatakan, Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Bayaran Sebenar Dari Youtube

Pada era teknologi di hujung jari kini, pelbagai cara yang kita boleh lakukan dalam menjana pendapatan, terutama melalui platform media sosial. Antara yang hangat diperkatakan adalah Youtube.

Jika anda mempunyai daya kretiviti tersendiri, Youtube adalah tempat yang paling sesuai untuk anda menghasilkan duit sehingga mampu mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Dan hal ini sudah pun dibuktikan ramai.

Pendapatan Sugu Pavithra Mula Curi Tumpuan :

Antara individu yang mendapat perhatian gara-gara kontennya yang jujur dan ikhlas ialah Sugu Pavithra. Dia berjaya menambat hati penonton hanya dengan perkongsian masakan dan perjalanan hidupnya sebagai rakyat yang bersederhana.

Hanya dalam beberapa bulan sahaja, channel Sugu Pavithra telah meraih lebih 550 ribu subscriber. Apa yang lebih menarik lagi, pasangan suami isteri ini juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bila dah jadi perhatian, ramai yang mula tertanya-tanya angka pendapatan yang diperoleh pasangan ini memandangkan jumlah tontonan video mereka sangat lah tinggi saban hari. Ada beberapa pihak yang cuba membongkar pendapatan mereka.

Anggaran Website Socialblade RM144,000 :

Dan dikhabarkan angka anggaran bulanan yang mungkin mereka peroleh mampu mencecah sehingga RM144,000 sebulan. Data tersebut diambil dari laman Socialblade yang mana terkenal dengan analisis pendapatan berdasarkan jumlah subscriber di Youtube.

Menjawab kepada tanda tanya orang ramai, Sugu dan Pavithra tampil dalam satu temu bual bersama Harian Metro dalam mendedahkan pendapatan sebenar mereka.

Nilai Sebenar Tidak Lah Sebanyak Tu, Tapi Lebih Dari Cukup Dari Sebelumya :

Jelas Sugu Pavithra, mereka memperoleh USD2,000 atau pun RM8,700 sebulan dan bukan lah seperti mana diwar-warkan umum sebelum ini. Walau pun angka tersebut tidak lah seperti diramalkan sebelum ini, ianya sudah memadai untuk keluarga ini.

Sebelum ini Pavithra yang hanya mengharapkan pendapatan suami yang bekerja di ladang, memperoleh sekitar RM1,000 sahaja sebulan. Jadi apa yang mereka dapat dari Youtube dah lebih dari cukup dan langsung tidak menyangka akan dapat sebanyak itu.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tahniah penulis ucapkan kepada Sugu dan Pavithra. Semoga dengan kejayaan ini membuatkan mereka semakin bertambah kuat untuk berusaha mencari rezeki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih [ sumber ]

Shares