Roti Susu

Sudah Kahwin Di London? Akhirnya Ini Jawab Ameera Khan Kepada Media Sudah Kahwin Di London? Akhirnya Ini Jawab Ameera Khan Kepada Media
Adik kepada Neelofa, Ameera Khan enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengatakan dirinya sudah bertemu teman hidup dan menetap di kota London, United Kingdom (UK).... Sudah Kahwin Di London? Akhirnya Ini Jawab Ameera Khan Kepada Media

Adik kepada Neelofa, Ameera Khan enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengatakan dirinya sudah bertemu teman hidup dan menetap di kota London, United Kingdom (UK).

Gosip berkenaan bertebaran selepas beliau menyahaktifkan akaun Instagramnya selama tujuh bulan, sebelum kembali menyapa para pengikut sejak awal bulan lalu.

“Seperti saya memilih untuk tidak bercakap ketika menyahaktifkan akaun IG, begitulah persoalan lain.“Selama tempoh ‘kehilangan’ itu, saya memang tidak mahu orang tahu apa-apa mengenai diri ini.

“Jadi, tiada sebab saya hendak bercakap atau menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Orang luar tak perlu tahu dan campur tangan dalam kehidupan saya.“Saya tahu apa yang dibuat… Tidak penting orang di luar ambil tahu,” jawabnya kepada portal BH Online.

Beliau membuat kenyataan sewaktu pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri 2020 hasil rekaan Alia Bastamam yang berlangsung di ibu kota, petang semalam.Dalam pada itu, Ameera berkata, segala beban aktiviti mengemaskini laman sosial, hilang sepanjang tempoh rehat itu.

“Saya hanya mahu berehat seketika daripada media sosial dan beri masa berkualiti untuk diri sendiri.“Saya tenang tanpa perlu orang luar atau pengikut memberi komen atau ambil tahu apa yang dibuat.

“Bukan sebab kes buli siber… Itu keputusan yang dibuat bagi membolehkan saya berehat daripada aktif di media sosial. Saya tidak mahu bangun pagi dan muat naik itu dan ini di IG.

“Sepanjang tempoh itu, banyak masa saya habiskan di gimnasium selain bersama keluarga dan ‘partner’,” kata pemilik akaun @littlemisskhan ini yang enggan berbicara soal peribadi serta ingin bangkit dengan semangat baharu. – Sumber: iluminasi.com

Shares