Roti Susu

Suasana pilu dan titisan air mata iringi konsert Sandra Dalam Kenangan Suasana pilu dan titisan air mata iringi konsert Sandra Dalam Kenangan
SUASANA hiba dan pilu menyelubungi dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sepanjang konsert tribute istimewa # Sandra Dalam Kenangan yang berlangsung pada malam, Ahad.... Suasana pilu dan titisan air mata iringi konsert Sandra Dalam Kenangan

SUASANA hiba dan pilu menyelubungi dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sepanjang konsert tribute istimewa # Sandra Dalam Kenangan yang berlangsung pada malam, Ahad.

Selaku juri tetap konsert mingguan, penyanyi Dayang Nurfaizah membuka tirai malam mengenang Allahyarham Sandra Dianne dengan mendendangkan lagu Di Pintu Syurga.

Persembahan diteruskan dengan sedutan rakaman Allahyarham sepanjang berada dalam Big Stage 2020 dengan iringan lagu Kemarin nyanyian salah seorang peserta program tersebut iaitu Qody Rany.

Selain persembahan nyanyian, malam mengenang arwah Sandra turut dipenuhi dengan perkongsian pengalaman rakan-rakan seperjuangan antaranya Neeta Manis, Wani Kayrie dan Sufi Rashid.

Neeta yang berkongsi momen pertama kali mengenali Sandra enam tahun lalu tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

“Siapa yang kenal Sandra memang tahu dia seorang yang baik dan sentiasa akan buat orang selesa berada dengan dia. Kami mula kenal masa dia tengah promo lagunya, Hey Kau.

“Masa itu dia datang seorang dan saya pun tiada teman. Dia seorang yang boleh bawa diri dan berdikari. Kebetulan kami ada kawan yang sama dan rumah pun dekat.

“Sejak itu, memang kami selalu lepak sama-sama tapi tak pernah ada gambar bersama sebab jenis tak fokus pada laman sosial. Kami akan luangkan masa bersama tanpa tengok handphone, ” kata Neeta.

Allahyarham merupakan salah seorang peserta Big Stage 2020 bersama 11 orang rakannya iaitu Farisha Iris, Amir Hassan, Usop, Azzam Sham, Hanie Soraya, Yamani, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Qody Rany, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Selain Dayang, penyanyi Ajai dan Faizal Tahir juga merupakan juri tetap, manakala Alif Satar dan Sherry Al Hadad selaku hos Big Stage 2020.

Dalam pada itu, Alif dan Sherry yang sudah berjanji tidak akan menangis sepanjang konsert #SandraDalamKenangan akhirnya tewas apabila Neeta menyanyikan lagu terbaharu arwah Sandra yang berjudul Tulus.

Perkongsian kenangan terakhir bersama Allahyarham yang dianggap sahabat baiknya juga membuatkan Qody tidak mampu untuk menahan air matanya daripada mengalir.

Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau meninggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di ICU, Hospital Putrajaya.

Allahyarham bersama sepupunya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sesi latihan rancangan Big Stage terbitan Astro. – Sumber Berita Mstar

Shares