Roti Susu

Indah, Liang Lahad Cantik! Suami Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Dengan Ppenggali Kubur ! Indah, Liang Lahad Cantik! Suami Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Dengan Ppenggali Kubur !
JENAZAH pendakwah terkenal, Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah Puncak Alam, Selangor pada pukul 4 petang Isnin.... Indah, Liang Lahad Cantik! Suami Ustazah Shadiya Kongsi Perbualan Dengan Ppenggali Kubur !

JENAZAH pendakwah terkenal, Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah Puncak Alam, Selangor pada pukul 4 petang Isnin. “Alhamdulillah, selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya… segalanya dipermudahkan Allah.

“Urusan mandikan jenazahmu sayang dilakukan oleh ibumu, adik-beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang,” menurut suami pendakwah itu, Mohd Khairul Azman Md Daud di halaman Facebooknya, Isnin malam.

Berkongsi luahannya, Mohd Khairul mengimbas kembali kenangannya bersama allahyarham dua hari sebelum isterinya menghembuskan nafas terakhir. “Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi dua hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.

“Sayang… abang imamkan solat untukmu. Sebelum ini sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah,” katanya.

Malah, Mohd Khairul turut berkongsi pengalamannya mengenai urusan pengebumian isterinya yang dipermudahkan pada petang Isnin.“Sayang… sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah dengan kubur yang indah dan liang lahad yang cantik.

Ustazah Shadiya

“Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkanmu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. “Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai but pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya daripada marmar.

“Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah,” luahnya. Walaupun sedih, namun Mohd Khairul reda dengan pemergian insan tersayang dan menyifatkan isterinya begitu sempurna dalam menjalankan tanggungjawabnya.

“Sayang… damailah engkau di sana, abang reda dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat.

“InsyaAllah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga,” katanya sambil berterima kasih kepada semua yang mendoakan arwah isterinya.

Sayang… damailah engkau di sana, abang reda dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Shadiya bagaimanapun negatif Covid-19 selepas pihak hospital melakukan dua kali ujian terhadap jenazah pendakwah itu.

Ustazah Shadiya pernah berkongsi pengalamannya di hospital selepas ditimpa kemalangan sehingga posting itu tular di Facebook.Beliau meninggalkan dua anak hasil perkahwinannya bersama Mohd Khairul selama 17 tahun.

mStar pada Februari tahun lalu menemubual arwah berhubung pengalamannya yang ditimpa kecelakaan jalan raya, susulan posting di Facebook beliau bertajuk “Tuhan, Tolong Tutup Auratku” menjadi tular dan menarik perhatian netizen.

Perkongsiannya pada posting tersebut menceritakan betapa beliau bersyukur Allah memakbulkan permintaannya yang bimbang soal aurat yang terdedah, sungguh pun ketika itu dalam kesakitan akibat kecederaan parah yang dialaminya. – Mstar

Shares