Roti Susu

“Suami Berdepan Dengan Injap Jantung Yang Tersumbat” – Isteri Dato Hattan “Suami Berdepan Dengan Injap Jantung Yang Tersumbat” – Isteri Dato Hattan
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Biso Bonar, Datuk Hattan, 56, berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan berikutan injap Jantung yang tersumbat. Memuat naik status... “Suami Berdepan Dengan Injap Jantung Yang Tersumbat” – Isteri Dato Hattan

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Biso Bonar, Datuk Hattan, 56, berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan berikutan injap Jantung yang tersumbat.

Memuat naik status menerusi laman Facebook, Hattan memaklumkan dirinya berada dalam terkawal selepas tiga hari menerima rawatan.

Isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin mengesahkan, keadaan kes1hatan suaminya stabil dan tidak membimbangkan.

“Alhamdulillah, suami sudah boleh pulang ke rumah selepas tiga hari mendapat rawatan. Keadaannya juga semakin baik.

“Mengikut laporan pemeriksaan, suami berdepan dengan injap jantvng yang tersumbat. Dengan izin-Nya, insya-Allah boleh sembuh dengan makan ub4t yang disyorkan dan tak perlu membuat uj1an ang1ogram.

“Tahap kolestrol tinggi, jadi kena dipantau dan dijaga. Bagus juga timbul kesedaran nak terus buat pemeriksaan lanjut apabila rasa tak kena pada peringkat awal,” katanya kepada BH Online.

Arianie berkata, suaminya mengadu sakit dada, sejak beberapa hari lalu.

“Suami rasa sak1t pada bahagian dada dan tangan kebas. Tanpa membuang masa, saya terus membawanya mendapatkan rawatan.

“Secara kebetulan, dalam sejarah keluarganya ada yang sak1t jantung. Jadi, tak mustahil penyakit yang sama boleh kena padanya,” katanya.

Katanya, dia kini juga umpama jururawat tidak bertauliah memantau pemakanan dan kesihatan suami.

“Makanan berminyak yang berkolestrol tinggi tak boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Saya kena pastikan suami makan pada tepat waktu. Bersenam juga kena titik beratkan. “Saya kena bertegas dalam hal ini demi kebaikannya,” katanya. [ Sumber ]

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Shares