Roti Susu

Suami akui tak faham bahasa cinta selepas isteri sentap tak dapat tonton drama TV kesukaan Suami akui tak faham bahasa cinta selepas isteri sentap tak dapat tonton drama TV kesukaan
BENARLAH kata orang jangan diusik remote TV kalau isteri sedang layan drama kesukaaan mereka, parah jadinya! Begitulah dilalui seorang lelaki apabila isterinya merajuk gara-gara... Suami akui tak faham bahasa cinta selepas isteri sentap tak dapat tonton drama TV kesukaan

BENARLAH kata orang jangan diusik remote TV kalau isteri sedang layan drama kesukaaan mereka, parah jadinya!

Begitulah dilalui seorang lelaki apabila isterinya merajuk gara-gara tidak dapat melihat drama bersiri bualan ramai, Maaf Tak Terindah yang baru sahaja habis ditayangkan, Khamis lalu.

Menerusi perkongsian Mohd Fhais di Facebook, dia tidak menduga tindakannya enggan melayan permintaan isterinya untuk menukar siaran ditontonnya kepada drama tersebut menjadi ‘parah’.

“Orang perempuan ni memang cepat sentap. Pasal tak dapat tengok drama kat TV pun boleh jadi isu. Sungguh, baru je jadi dua hari lepas. Saya tengah sedap tengok cerita TWD episod baharu tiba-tiba datang isteri capai remote nak buka cerita drama TV3 dia.

“Siap buat muka gedik dia, boleh la bang, boleh la bang nak tukar. Masa tu memang saya tak sangka boleh jadi parah macam ni. Gara-gara saya tak endah permintaan dia, selama dua hari dia merajuk. Diam seribu bahasa.

“Seharian tak senyum, moody memanjang. Serius, suram rasa rumah bila isteri tak ceria. Saya kata dalam hati, apa benda remeh pun nak merajuk sampai macam tu sekali,” katanya.

Meskipun isu itu kelihatan remeh, namun Mohd Fhais tersilap apabila dia akhirnya menyedari isi hati sebenar isterinya ketika itu.

“Sekali isteri saya tag nama saya dekat posting “Wanita mahu disayangi”. Baru saya perasan. Rupa-rupanya kata hati saya salah. Ia tak remeh, sebenarnya ia adalah satu isu besar buat perempuan.

“Isteri merajuk bukan sebab tak dapat tengok drama favourite dia tapi dia merajuk sebab bahasa cinta dia dikhianati. Seriuslah, apa kaitan tak dapat tengok drama TV dengan bahasa cinta,” katanya.

Menurut lelaki itu lagi, isterinya hanya mahukan sedikit layanan eksklusif daripada dirinya untuk rasa dihargai dan disayangi.

“Bahasa cinta isteri saya ialah mahu layanan ekstra eksklusif dari saya. Dia nak rasa diutamakan, dihargai dan disayangi lebih dari benda lain.

“Bila saya dahulukan cerita TWD daripada permintaan dia, itu yang dia sentap menyentap sampai dua hari sebab hati tersakiti.

“Patut la saya pujuk punya pujuk semua tak jalan. Puas cakap I’m sorry, dia tak respon pun rupanya cara pujuk tu tak sesuai dengan bahasa cinta dia,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas dia melakukan beberapa perkara untuk memenangi hati isterinya itu barulah timbul senyuman di wajah isterinya itu.

“Saya basuh baju, saya hidup roadtax kereta dia, saya sambut dia balik kerja dengan nasi goreng paprik special barulah timbul senyuman di wajah dia.

“Rupanya kena bagi layanan eksklusif baru masuk ke jiwa dia. Bahasa cinta ni ibarat jambatan ke hati isteri kita. Penting kena tahu bahasa cinta isteri masing masing.

“Tak kisah apa bahasa cinta, setiap isteri mahukan layanan first class daripada suami mereka. Bukan second bukan third. Mesti first class barulah dia ceria macam first time dating dulu,” katanya.

Tambah Mohd Fhais lagi, bahasa cinta ada lima iaitu kata pujian, sentuhan, masa berkualiti, hadiah atau kejutan dan layanan.-mstar

Shares