Roti Susu

“Complete dah”- Shuib ucap tahniah buat Mamat, mohon maaf tak dapat hadir “Complete dah”- Shuib ucap tahniah buat Mamat, mohon maaf tak dapat hadir
Buat peminat kumpulan Sepah, pastinya masih mengingati gandingan mantap antara tiga pelawak terkenal ini yang terdahulu terdiri daripada Shuib, Mamat dan Jep. Walau bagaimanapun,... “Complete dah”- Shuib ucap tahniah buat Mamat, mohon maaf tak dapat hadir

Buat peminat kumpulan Sepah, pastinya masih mengingati gandingan mantap antara tiga pelawak terkenal ini yang terdahulu terdiri daripada Shuib, Mamat dan Jep.

Walau bagaimanapun, berikutan semalam Mamat Sepah akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati, Shuib juga berkesempatan untuk mengucapkan tahniah buat rakannya itu.

Menerusi laman Instagram peribadi miliknya yang kini sudah mencecah jutaan followers, Shuib memuat naik sekeping foto Mamat yang lengkap berpakaian pengantin yang turut dikongsikan oleh Mamat semalam.

Dalam pada masa yang sama, Shuib menerusi kapsyen turut meminta maaf kepada rakannya itu kerana difahamkan tidak dapat hadir di hari bersejarah Mamat.

“Tahniah sahabat!!!! Sorry semalam tak dapat datang di hari bersejarah ko Mat, aku ade rekording Sepahtu Reunion Al Puasa Mat.

Walau bagaimanapun, Shuib turut menjelaskan sebabnya tidak dapat hadir dimajlis Mamat berikutan ada rekording buat rancangan, Sepahtu Reunion Al Puasa.

Shuib mendoakan rakannya itu selain berharap agar urusan Mamat juga dipermudahkan dan bahagia serta ujarnya juga, semua rakannya itu sudah menamatkan zaman bujang mereka.

“Tapi yang pasti doa untuk kau pasti ade…. semoga dipermudahkan urusan, Aman Rumah Tangga, bahagia dunia akhir4t dan menjadi keluarga yang baik InsyaAllah.

“Tahniah Mat!!! Complete dah!!! Semua dah kahwin Mat!!!, ujarnya yang juga turut tag laman Instagram rakannya itu, Mamat Sepah.

Diruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Shuib turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Mamat. Sumber: Instagram Shuib

Shares