Roti Susu

Shuib Akhirnya Buka Mulut Isu Kereta Disita SPRM, Syukur Kereta Sudah Dikembalikan! Shuib Akhirnya Buka Mulut Isu Kereta Disita SPRM, Syukur Kereta Sudah Dikembalikan!
Terdahulu, kecoh diperkatakan netizen di media sosial apabila tersebar gambar puluhan kereta mewah yang disita SPRM berikutan kes Macau Scam yang kini dalam siasatan... Shuib Akhirnya Buka Mulut Isu Kereta Disita SPRM, Syukur Kereta Sudah Dikembalikan!

Terdahulu, kecoh diperkatakan netizen di media sosial apabila tersebar gambar puluhan kereta mewah yang disita SPRM berikutan kes Macau Scam yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Antara banyak-banyak kereta, kereta jenis Ford Ranger Raptor berwarna hitam mendapat perhatian ramai kerana ia dikatakan menyamai sebuah kereta milik Shuib yang dinamakan sebagai Dol.

Setelah timbul segala spekulasi, Shuib akhirnya buka mulut mengenai isu itu dan mengakui bahawa salah satu kereta yang tular tersebut sah miliknya. Menurut Utusan Online, Shuib akui ia telah menjadi kewajipannya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Ya memang kereta yang tular tempoh hari milik saya. Alhamdulillah kereta itu sudah dikembalikan.

“Saya tahu pelbagai fitnah yang bertebaran di laman sosial buat masa ini, namun perlu saya hormati pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan. Tiada komen lain yang ingin saya kongsi selain mahu memberi fokus buat kerjaya dan perniagaan saya kini,” katanya.

Turut berkongsi gambar kereta tersebut di Instagram miliknya semalam, Shuib menjelaskan bahawa tujuan dia memuat naik gambar tersebut ialah untuk menzahirkan rasa bersyukurnya atas apa yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah 🤲🥰 . . . @sitisarahraissuddin @bubblebeemalaysia_hq #14102020 #BubbleBee #FordRanger

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Bukan mahu riak, tetapi jelas menunjukkan betapa saya dan isteri sangat bersyukur dapat melalui dugaan ini bersama.

“Banyak yang saya belajar sebenarnya, bagaimana satu gambar juga mampu menimbulkan pelbagai spekulasi,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Ade ni ha,,,tgh tengok sandiwara dunia 😂 #persuibofhappyness #macammacamhal

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. – LobakMerah.com

Shares